Sahur judi, berbuka puasa pun judi.

Itu santapan si tahi judi yang sanggup menghabiskan masa mereka di meja pertaruhan.

Namun dengan tindakan pantas polis, tiga pusat atas talian dekat Taman Sri Muda dan Seksyen 32 di sini, digempur malam tadi.

Serbuan Bahagian Anti Maksiat Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dati Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam melalui Ops Dadu itu berjaya menangkap 33 individu.

Lebih separuh dari tangkapan adalah lelaki beragama Islam manakala penjaga pusat judi tersebut seorang warga asing.

Polis turut merampas 53 komputer riba dan modem serta sejumlah wang tunai.

Berdasarkan siasatan, polis percaya sindiket tersebut mula giat aktif sejak orang ramai sibuk dengan musim pilihan raya umum yang lalu.

Kesemua tangkapan dan rampasan telah di bawa ke IPD Shah Alam untuk tindakan lanjut.