Mohd Saiful Bukhari Azlan bersyukur dengan keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan hari ini yang mendapati Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwatnya enam tahun lepas.

Mohd Saiful yang juga bekas pembantu peribadi Anwar berkata kebenaran itu penting dan amat bermakna buat beliau dan keluarganya.

"Yang pasti, saya dan keluarga kehadapan.Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan dan kemudahan dalam segala urusan saya.

"Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya selama ni. Allah sahaja mampu membalasnya," katanya dalam blognya menerusi entri terbaru bertajuk 'Benar Janji Allah'.