Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menghantar sendiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dari Istana Bukit Serene ke Lapangan Terbang Senai selepas keduanya bertemu selama kira-kira dua jam.

Terdahulu, Tun Mahathir memenuhi jemputan Sultan Johor di Istana Bukit Serene.

Ini adalah pertemuan pertama antara mereka selepas Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara.