Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa, dekat sini, sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hari ini.
Calon Barisan Nasional (BN-UMNO) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan itu tiba di pusat mengundi pada jam 9.14 pagi, ditemani isteri Datin Seri Raya Erom.
Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia (2015-2018) itu pernah menyandang kerusi berkenaan selama beberapa penggal.
Beliau ditentang dua pencabar lain membabitkan bekas calon kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Abdul Bahkrin Mohd Yusof (Warisan) dan calon Parti Cinta Sabah (PCS), Datu Mohd Nazaruddin Datu Tigabelas. DUN Usukan mempunyai 16,883 pengundi.
Pada PRU14, 2018, kerusi tersebut dimenangi Datuk Japlin Akim (BN) yang mendapat 8,738 undi, menewaskan Abdul Bahkrin (7,513), calon PAS Adzmin Awang (355) dan calon Bebas, Amsor Tuah yang memperoleh 70 undi.
Sementara itu, pemerhatian Bernama mendapati rata-rata pengundi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti melakukan saringan suhu badan, memakai pelitup muka dan menggunakan pensanitasi tangan sebelum masuk ke pusat mengundi.
Walaupun ada yang terpaksa bertongkat dan berkerusi roda, namun mereka kelihatan bersemangat menunaikan tanggungjawab mengundi dengan tiba di pusat mengundi seawal jam 7 pagi sebelum pusat pengundian dibuka 30 minit kemudian.
Tidak kurang juga ada yang terpaksa berpatah balik kerana terlupa membawa kad pengenalan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 26 2020
Salleh Keruak mengundi di SRJK Chung Hwa, Kota Belud. Facebook sallehsaidkeruak
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dewan Tertinggi BN hormat keputusan Lembaga Pengampunan
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
'BN-PH adik beradik, runding elok-elok' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri mengingatkan BN dan PH Perak untuk terus mempertahankan keikhlasan dan persepakatan dalam pentadbiran negeri.
Pertemuan BN Selangor bukan hanya bincang pelantikan Ahli Majlis
UMNO Selangor bincang tawaran yang diberikan oleh Pakatan Harapan Selangor kepada parti berkenaan, pada Jumaat.