PENANGKAPAN ahli perniagaan yang dikehendaki, Jho Low diharapkan oleh rakyat sebagai hadiah bermakna pada perayaan Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Menurut Menteri Kewangan itu, berita yang tersebar kononnya Jho Low yang juga dalang utama dalam skandal kewangan berprofil tinggi, 1MDB ditangkap menjelang sambutan hari raya itu sebetulnya sangat diharapkan benar-benar terjadi.
“Memang rakyat mengharapkan akan ada hadiah istimewa menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun 1440 Hijrah ini, dengan tersebarnya khabar mengatakan salah seorang penyangak utama dalam skandal maha besar 1MDB, Jho Low, telahpun ditahan dan akan dibawa pulang ke tanah air untuk dihadapkan ke muka pengadilan.
“Sungguhpun hampa apabila didapati berita ini tidak benar, kita percaya dengan Ketua Polis Negara baharu, (Datuk Seri) Abdul Hamid Bador yang yakin bahawa Jho Low akan ditangkap tidak lama lagi, supaya rakyat boleh mendapat balik sebahagian daripada kerugian RM52 bilion yang ditanggung negara ekoran skandal 1MDB,” kata Guan Eng dalam perutusan Aidilfitri yang dikeluarkan pada Isnin.
Pada Sabtu, Abdul Hamid menafikan penyebaran berita palsu kononnnya Jho Low telah ditahan di China.
Polis, kata beliau, sedang berusaha mengesan kelibat Jho Low dan akan membawanya kembali ke tanah air untuk diheret ke muka pengadilan.
Dalam perutusan yang sama, Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan turut menyentuh penambahan peruntukan hal ehwal Islam sebanyak RM100 juta dalam Belanjawan 2019 kepada RM1.2 bilion daripada RM1.1 bilion dalam Belanjawan 2018.
Beliau berkata, langkah itu selaras dengan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan.
BACA: Polis nafi mesej tular Jho Low ditahan di China
Astro Awani
Mon Jun 03 2019
Guan Eng berkata, rakyat memang berharap Jho Low ditangkap dan penangkapan ahli perniagaan itu boleh menjadi hadiah bermakna sempena Aidilfitri. - Gambar BERNAMA
Tiada kemunculan Amad, pertemuan Man United-Brentford
Kedua-dua pasukan Manchester United dan Brentford kehilangan seorang pemain kerana penggantungan untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.
Singgah Sahur UMPSA santuni anak yatim, agensi keselamatan
Program Singgah Sahur UMPSA bukan sekadar bertujuan berkongsi rezeki, tetapi juga menjentik rasa keinsafan dan kesyukuran.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Kemalangan: 45 maut kemalangan bas di Afrika Selatan
Seramai 45 maut dan seorang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Mamatlakala di wilayah utara Limpopo, Afrika Selatan, pada Khamis.
'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai dalam masa sehari
Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya dibebaskan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu beberapa hari sebelum tarikh akhir pembayaran wang tebusan sebanyak $690,000 dolar.
Pembinaan Projek LRT Laluan Mutiara disasarkan bermula tahun ini
Kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke, pelaksanaan keseluruhan projek dijangka memerlukan tempoh masa lebih kurang enam tahun dan disasarkan beroperasi pada tahun 2030.
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.
Dana SRC AS$15 juta dipindah kepada beberapa individu termasuk anak bekas PM Mongolia
Menurut pakar penyiasatan kewangan itu penyelidikannya mendedahkan selain Battushig, Dash Uranbileg iaitu tokoh politik di Mongolia menerima AS$2 juta daripada Muraset.
AG peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil.
Perjanjian berkaitan pemulihan aset 1MDB tidak terperinci - Johari
Perjanjian antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs berkaitan pemulihan aset 1MDB pada 2020, dibuat dengan tidak terperinci.
Kelulusan Najib diperlukan sebelum sebarang langkah dibuat dalam operasi 1MDB - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu mahkamah kelulusan Datuk Seri Najib Tun Razak diperlukan sebelum sebarang langkah dibuat dalam operasi 1MDB.
SPRM peroleh dokumen bank berkaitan kes 1MDB dari beberapa negara melalui MLA - Saksi
Switzerland, Barbados, Hong Kong dan Belanda hulur bantuan dari segi penyerahan dokumen bank melalui Bantuan Undang-Undang Bersama (MLA).
1MDB: Pertuduhan terhadap Najib tidak cacat - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pertuduhan yang dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak cacat.
Jho Low bersumpah mahu jadikan hidup saya menderita jika kembali - Jasmine Loo
Jasmine Loo memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Jho Low telah bersumpah untuk menjadikan hidupnya menderita sekiranya beliau kembali ke Malaysia.
Jho Low arah Kee Kok Tiam sediakan surat derma Arab Saudi - Jasmine Loo
Arahan itu adalah bagi menyatakan dana-dana yang dimasukkan ke dalam akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma dari Arab Saudi.
Kes 1MDB: Jho Low dakwa ada bukti, bertindak atas arahan Najib - Saksi
Jasmine Loo berkata, Jho Low pernah mendakwa, sekiranya apa-apa terjadi kepadanya, dia mempunyai bukti menunjukkan semua tindakan yang dilakukan ialah mengikut permintaan Najib.