Meraikan sambutan perayaan antara satu sama lain adalah manifestasi kepada 'keterangkuman' dalam kebudayaan Malaysia yang diamalkan sejak sekian lama.

Justeru menerusi amanat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sempena Krismas, beliau berkata Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai di mana rakyat dari pelbagai kaum dan agama turut bersama meraikan sambutan musim cuti perayaan sesama mereka.


"Saya harap rasa saling persefahaman ini akan berterusan dan diwarisi kepada generasi muda. Inilah yang menjadikan Malaysia unik, bersatu dan kukuh," katanya.

Kata Dr Mahathir menerusi ucapan yang dimuat naik di akaun Twitter dan Facebook beliau malam ini.