Santan, jenama menu dalam penerbangan AirAsia memperkenalkan inisiatif digital dengan melancarkan e-bazar Ramadan di santan.com.my mulai 23 April hingga 23 Mei ini bagi membantu peniaga mikro, kecil dan persendirian untuk meneruskan perniagaan.
Sehubungan itu, ia menyeru semua peniaga pelbagai juadah Ramadan di Lembah Klang untuk mendaftarkan perniagaan mereka di santan.com.my/ramadan mulai 10 April ini dan mereka yang disenarai pendek akan diumumkan pada keesokannya.
"Santan juga bekerjasama dengan beberapa rakan penghantaran yang beroperasi di sekitar Lembah Klang bagi memastikan semua pesanan dapat dinikmati oleh para pelanggan sepanjang tempoh Pergerakan Kawalan Terhad ini," katanya dalam kenyataan pada
Pengurus Besar Santan, Catherine Goh berkata seiring dengan situasi semasa dan semangat "we're #InThisTogether," ini adalah masa yang penting bagi pihaknya untuk terus menyokong komuniti tempatan berikutan sebahagian besar daripada mereka bergantung kepada perniagaan di bulan puasa untuk menyara keluarga.
"Oleh itu, kami berbesar hati untuk mengumumkan inisiatif ini bagi membantu memasarkan produk mereka di platform kami dan menyediakan pengalaman bazar yang selamat untuk semua," katanya.
Goh berkata Santan juga teruja melihat nama-nama besar lain yang memainkan peranan mereka, namun sudah tentu masih ada jurang yang perlu diisi.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya ingin membantu memenuhi jurang tersebut, terutamanya bagi mereka yang berada di Lembah Klang.
"Kami berharap inisiatif ini akan menjadi peluang terbaik untuk dimanfaatkan semua. Jadi, jika anda mengenali sesiapa yang berminat untuk meluaskan perniagaan bersama kami seperti keluarga, rakan, atau jiran, daftarlah bersama kami," katanya.
Selain itu, semua produk Santan antaranya pes nasi lemak rendang, sambal Pak Nasser, mi cawan serta pelbagai jenis kopi dan teh boleh dipesan menerusi laman web Santan dan ourshop.com dengan penghantaran dibuat ke seluruh Semenanjung Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 09 2020
Semua peniaga pelbagai juadah Ramadan di Lembah Klang diseru untuk mendaftarkan perniagaan mereka di santan.com.my/ramadan mulai 10 April ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.