Sarawak mensasarkan kehadiran lima juta pelancong bagi tahun 2019 berikutan pelancaran kempen 'Visit Sarawak' kata Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Abdul Karim berkata anggaran berkenaan adalah sama dengan sasaran tahun 2017 tapi bermungkinan berlaku peningkatan jumlah pelancong khususnya dari luar negara iaitu China dan Singapura.
"Tahun lepas (2017) sebenarnya kita sasarkan jumlah yang sama iaitu 5 juta pelancong namun kita hanya mencapai jumlah iaitu 4.85 juta pelancong ke Sarawak.
"Tahun ini sebenarnya kita letakkan jumlah yang agak tinggi iaitu 5.2 juta pelancong dan sehingga September baru-baru ini kita mencapai lebih 3 juta pelancong dalam dan luar negeri. InsyaAllah hujung tahun akan lebih ramai kerana pada masa itu adalah cuti sekolah dan sebagainya," katanya ada pemberita selepas melancarkan logo kempen Visit Sarawak di sini, pada Selasa.
Kata Abdul Karim, kempen berkenaan tidak akan diletakkan tempoh masa tertentu seperti kempen-kempen yang terdahulu.
"Kalau dahulu kita letakkan tarikh atau tahunnya contoh 'Visit Sarawak 2000' tapi sekarang kita tidak berbuat demikian. Kita mahu lawatan kepada negeri kita berlanjutan bukan sahaja untuk satu tahun tetapi berpanjangan," katanya.
Beliau berkata selepas ini pihaknya akan ke Singapura untuk kempen tersebut dan pelancaran rasmi akan diadakan di Sarawak penghujung tahun ini.
Jelasnya, pemilihan Kuala Lumpur hari ini sebagai tempat pelancaran pertama kempen itu adalah kerana hebahannya lebih meluas dan besar berbanding hanya kelompok kecil sekiranya ia dilancarkan di Kuching.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 16 2018
Kompleks gua dan pelbagai tarikan geologi lain di sekitar kawasan Gunung Mulu adalah antara aset pelancongan negeri Sarawak. - Foto: sarawaktourism.com
Majlis Profesion Kerja Sosial dicadang dimasukkan dalam RUU - Nancy
Penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial (MPKS) dicadang untuk dimasukkan dalam penggubalan draf Rang Undadang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial (PKS).
Kritikan lantang PM Anwar kepada pemimpin barat tepat pada masanya
Kritikan lantang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap negara-negara Barat kerana tidak bertindak terhadap kekejaman Israel disifatkan tepat pada masanya.
AWANI Ringkas: Kerajaan akan umum skim baharu tangani isu beras
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga didenda RM70,000 simpan haiwan eksotik tanpa lesen
PENIAGA DIDENDA RM70,000 SIMPAN HAIWAN EKSOTIK TANPA LESEN
Rezal Zambery dilantik penolong ketua jurulatih KDN FC
Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) melantik Rezal Zambery Yahya sebagai penolong ketua jurulatih pasukan itu bagi mengharungi musim baharu Liga Super.
Kelibat Kate Middleton dilihat dalam video terbaharu
Ia juga merupakan kali ketiga Kate dilihat di khalayak ramai sejak akhir Disember.
'RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang sidang Parlimen akan datang'
Kerangka Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sedang diperhalusi dan dijangka akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Datuk Ramli Mohd Nor 'berdoa' sebelum mempengerusikan Dewan Rakyat
Selepas gamat dengan teriakan Ahli-Ahli Parlimen bangkit ketika RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dibaca, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor ambil alih pengerusikan persidangan Dewan Rakyat dengan bacaan doa .
Kakitangan MBAS direman bantu siasatan rasuah berkaitan penyelenggaraan kompleks renang
Seorang kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar direman lima bagi membantu siasatan terhadap dakwaan meminta suapan daripada kontraktor.
Perut bulat bakar juadah unik berbuka puasa
Menu perut bulat bakar yang diolah daripada perut lembu antara hidangan yang menjadi tumpuan pengunjung di Bazar Ramadan Dataran Shahbandar di Terengganu.
"Hanya alasan!" - Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar
Kenyataan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dianggap tidak wajar.
Sarawak pilihan utama penganjuran acara besar beberapa tahun akan datang - Abdul Karim
Sarawak akan menjadi lokasi pilihan utama bagi penganjuran acara besar dalam beberapa tahun akan datang.
13 acara sukan dipertandingkan pada SUKSAR III
Kelayakan atlet menyertai SUKSAR III itu adalah mereka berusia 21 tahun ke bawah serta tidak pernah memenangi pingat emas pada SUKMA.
Isu Palestin: Karim, Alexander bersemuka tangani perbezaan
Kedua-dua pihak sebelum ini dilihat seolah-olah berbalah, apabila Alexander dilihat menyokong pendirian NGO dan pembangkang.
Semangat juang Michael Riman wajar dikenang generasi muda - Abdul Karim
Semangat ditunjukkan mendiang Mejar (B) Michael Riman Bugat dalam berjuang untuk mempertahankan negara wajar dikenang oleh generasi muda Malaysia.
Sarawak tidak benarkan artis antarabangsa yang bertentangan dengan pendirian Malaysia beraksi
Sarawak menolak kemasukan artis antarabangsa yang mengkritik pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Velodrome yang dirancang di Sarawak mungkin ambil masa dua atau tiga tahun untuk siap - Abdul Karim
Velodrome itu tidak dapat disiapkan untuk digunakan bagi temasya dwitahunan Sukan Malaysia 2024 (Sukma 2024) yang dihoskan Sarawak.
Sarawak akan bincang dengan menteri tambah baik kemudahan pelancongan
Tumpuan semestinya terhadap lokasi pelancongan berasaskan alam semula jadi dan taman negara.
MTCP komited laksana pelan induk 2021-2035, pacu sektor pelancongan Sarawak
Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
Pasca COVID-19: Sarawak yakin capai sasaran 1.8 juta pelawat tahun ini
Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia melibatkan peningkatan sebanyak 1,118.41 peratus berbanding tempoh sama pada 2022.