Seorang lagi dikesan positif COVID-19, ini lima perkara penting kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Ahad.

1) Sebanyak 10 kluster masih kekal aktif di Sarawak melibatkan 70 kes, menyaksikan kluster Sentosa kekal dengan catatan tertinggi 31 kes setakat ini.

2) Lapan kes dilaporkan pulih dan discaj dari Hospital Umum Sarawak (HUS) melibatkan tujuh kes di daerah Kuching dan satu kes di Lundu.

3) Jumlah kes pulih dan discaj setakat ini meningkat kepada 652 kes atau 95.74 peratus.

4) Sebanyak 10 kes masih menerima rawatan dalam wad isolasi dan jumlah kematian setakat ini kekal 19 kes atau 2.79 peratus.

5) Enam kes individu bawah siasatan (PUI) baharu dilaporkan dengan satu kes masih menunggu ujian makmal.