Sarawak mengumumkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 3.0 dengan dana tambahan RM290 juta bagi membantu rakyat di negeri itu yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mendedahkan pakej bantuan itu diwujudkan selepas mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak.

BKSS 3.0 kata Abang Johari mengandungi tujuh langkah tambahan yang lebih inklusif untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat di Sarawak.

Antaranya, tambahan bantuan kepada ketua isi rumah B40 termasuk bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan dua ribu ringgit ke bawah.

Terbaharu, BKSS 3 turut peruntukan isentif kepada penambang yang berdaftar dengan Lembaga Sungai Sungai Sarawak, pengendali pengangkutan awam yang sah.

Selain itu, geran khas turut disalurkan kepada pemandu pelancong dan taman negara yang berlesen.

Manakala Kerajaan Sarawak juga bersetuju mewujudkan cawangan bank bergerak Bank Simpanan Nasional (BSN) yang dilengkapi dengan mesin juruwang automatik (ATM) di kawasan luar bandar.

Petugas barisan hadapan tidak dilupakan dan turut mendapat perhatian Kerajaan Sarawak ialah pengamal media yang akan terima bantuan one-off sebanyak RM1,500.

Dengan dana tambahan fasa ketiga itu, menjadikan jumlah keseluruhan BKSS 2020 berjumlah RM2.55 bilion.