Beberapa kawasan di Sarawak mengalami gangguan bekalan elektrik sejak petang tadi.

Netizens mula berkongsi keadaan di kawasan masing-masing menerusi hashtag #SarawakBlackout.

Antara kawasan yang terjejas adalah Kuching, Sibu, dan Kota Samarahan.






Sarawak Energy menerusi satu kenyataan di Twitter turut mengesahkan perkara ini dan berkata mereka sedang memulihkan bekalan elektrik di kawasan yang terjejas.