Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan satu lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Tawau, Sabah pada Jumaat.

Menurut Dr Noor Hisham dalam satu pautan terbaharu di Facebooknya, Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan bahawa mangsa kes ke-152 itu merupakan warganegara Malaysia berumur 58 tahun dan daripada kluster jemaah tabligh.

Mangsa dilaporkan dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac lalu selepas mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

Mangsa telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital yang sama.



Namun, kesihatannya merosot setiap hari sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 6.27 petang tadi.

Ia sekaligus menjadikan kematian COVID-19 di negara ini meningkat kepada tiga kes.

Setakat ini, jumlah kes dicatatkan pada 1,030 dan 26 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Data Covid-19