Perkembangan situasi COVID-19 di negara ini pada Selasa menyaksikan satu lagi kluster baharu dikesan di negara ini iaitu Kluster Sentosa - sebuah hospital di Kuching, Sarawak.

Ia menjadikan sebanyak 19 kluster masih aktif di negara ini setakat ini, dengan 13 daripadanya dikesan dalam tempoh 10 hari kebelakangan ini.

Berikut tumpuan sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah:

1. Sebanyak 15 kes baharu direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,815 kes.

2. Tujuh kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19, menjadikan jumlah pulih sebanyak 8,562 kes atau 97.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

3. Kes kematian COVID-19 kekal sebanyak 123 kes atau 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

4. Satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Sentosa dikesan di negara ini membabitkan sebuah hospital di Kuching, Sarawak.

5. Pemakaian pelitup muka secara tidak sempurna boleh membawa risiko pencemaran atau jangkitan kepada pemakai.