BAHANG Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan pada 9 Mei ini semakin dirasai.
Tinjauan rambang Bernama mendapati kebanyakan belia yang baru pertama kali layak mengundi pada musim PRU ini, tidak mahu melepaskan peluang menjalankan tanggungjawab mereka.
PERCAYA 'KUASA' SATU UNDI
Begitu teruja untuk mengundi buat kali pertama, Cheah Huai En, 26, pekerja bahagian pentadbiran dari Puchong berkata, setiap rakyat yang layak mengundi berhak memilih sebuah kerajaan yang stabil untuk menerajui negara ini.
"Saya percaya malah dengan satu undi boleh membawa perubahan kerana setiap undi itu meningkatkan mandat kerajaan yang dipilih," katanya dan menambah beliau berharap kerajaan yang dipilih akan berusaha menangani kenaikan harga hartanah.
Muhammad Khair Zawawi, 23, juga percaya satu undi boleh membawa perubahan dan sangat penting dalam menentukan masa hadapan negara.
"Ada sedikit rasa tak sabar (untuk mengundi). Walaupun ada juga timbul perasaan ragu-ragu tentang pilihan calon yang layak untuk diundi," katanya kepada Bernama.
Anak muda dari Rawang ini menjelaskan bahawa perasaan ragu-ragu itu tetap ada kerana sukar untuk memastikan ketelusan seseorang ahli politik.
Beliau yang memilih untuk mengundi berdasarkan personaliti calon tanpa mengira parti yang diwakili calon itu, berharap wakil rakyat yang menang akan melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan mendengar suara rakyat.
"Jangan tunggu lima tahun akan datang baru nampak batang hidung. Dan diharapkan mereka akan hadir sidang perbahasan Parlimen dan yang paling penting tak makan rasuah!" tegas usahawan muda itu yang memiliki kedai buku Hijau BookValley di Bukit Sentosa 2.
Selain menuntut proses pilihan raya yang bersih dan adil, beliau berharap semua golongan masyarakat yang layak mengundi untuk pergi mengundi kali ini.
UNDI DENGAN AKAL
Harapan yang sama disuarakan guru sekolah swasta, Siti Zafirah Harun, 24 tahun.
"Saya juga mahu agar lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya Melayu untuk pergi mengundi.
"Mengundi dengan akal, bukan emosi, undilah dengan hati yang lapang dan fikiran yang jernih," nasihat beliau.
Berasal dari Raub, Pahang, gadis ini berpendapat tanggungjawab mengundi adalah amanah yang perlu dilaksanakan untuk kepentingan negara yang mengamalkan demokrasi.
Yakin dengan keupayaan satu undi untuk mengubah nasib negara, beliau juga menjangkakan keputusan pilihan raya kali ini akan banyak dipengaruhi oleh undi daripada golongan belia sepertinya.
"Kenapa tidak? Kadang-kadang peratus perbezaan undi tidak banyak, tetapi apa yang dibawa oleh pemimpin itu mungkin sangat banyak perbezaannya, dan yang membeza peratusan undi itu mungkin saya atau sesiapa sahaja," jelas beliau yang kini menetap di Shah Alam.
TIDAK MAHU JADI PEMERHATI LAGI
Jelik dengan senario politik negara yang beliau sifatkan sebagai tidak matang, pengurus projek sebuah syarikat swasta, Elia Suhaily Md Yacob, 39, memilih untuk tidak mengundi pada pilihan raya umum sebelum ini.
Katanya, parti dan pengamal politik masih lagi menggunakan strategi kotor dalam meraih sokongan seperti menjatuhkan pihak lawan untuk menaikkan nama sendiri.
Beliau juga berpendapat rakyat Malaysia tidak mempunyai pilihan parti atau calon yang baik, yang layak untuk diundi.
Bagaimanapun, bagi pilihan raya umum kali ini, ibu kepada dua orang anak ini mengambil keputusan untuk tidak lagi menjadi pemerhati sahaja.
"Saya memilih untuk mengundi kali ini kerana saya rasa orang yang di atas pagar seperti saya, yang banyak memerhati, tidak obses dengan mana-mana parti, yang akan menentukan pihak yang bakal menang," katanya yang akan mengundi di Muar.
Beliau berharap pihak yang menang dan membentuk kerajaan, akan berusaha ke arah membina sistem pendidikan yang lebih baik dan nikmat daripada pembangunan ekonomi negara dapat dirasai oleh semua golongan.
USAHA SPR MUDAHKAN PROSES MENGUNDI
Sementara itu, bagi PRU kali ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pelbagai langkah untuk kemudahan para pengundi.
Antaranya pengundi boleh membuat semakan Daftar Pemilih menerusi aplikasi telefon pintar MySPR Semak untuk mengenalpasti pusat mengundi dan saluran mengundi mereka mulai 16 April ini.
Dengan adanya aplikasi ini pengundi tidak perlu lagi beratur di barong seperti PRU sebelum ini sekaligus menjimatkan masa selain memberi keselesaan.
Semakan juga boleh dibuat menerusi laman web SPR www.spr.gov.my atau dengan menelefon 03-88927018 atau menerusi SMS ke 15888.
"Jangan takut pergi mengundi kerana proses pengundian adalah selamat dan rahsia.
"Tiada mana-mana pihak yang boleh menghalang anda daripada pergi mengundi," kata Pengarah Akademi Pilhanraya (APR), Hasanul Isyraf Naim.
Para pengundi juga diingatkan supaya tidak lupa membawa kad pengenalan dan sekiranya menghadapi masalah, khususnya bagi golongan OKU, mereka boleh meminta bantuan petugas pilihan raya.
Keputusan PRU akan diumumkan melalui laman Facebook PRU14 kelolaan SPR yang akan dibuat secara langsung dari ibu pejabat badan itu di Putrajaya. -- Bernama
Bernama
Thu May 03 2018
Bagi PRU kali ini, Suruhanjaya Pilihan Raya melaksanakan pelbagai langkah untuk kemudahan para pengundi. - BERNAMA/Fail
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
PRU15: Tarik pelaburan besar untuk cipta peluang pekerjaan berkualiti - Calon
Isu lambakan pekerja asing di kawasan Sri Gading antara perkara yang mendapat perhatian calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sri Gading, Datuk Lassim Burhan.
Bila projek perbesar longkang nak siap? Air 'termenung' resahkan penduduk Taman Sri Muda
Penduduk di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor menuntut pihak berwajib menyambung semula projek memperbesarkan longkang yang didakwa masih terbengkalai.
PRU15: Boleh runding tukar kerusi, tetapi perlu ada kerusi ganti- Noh
Pertukaran kerusi ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Selangor antara parti dalam Barisan Nasional (BN) boleh dilakukan, dengan syarat perlu ada kerusi ganti.
PRU15: Amanah mahu Dzulkefly Ahmad pertahan Kuala Selangor
Pimpinan Amanah yakin beliau mampu mengekalkan kerusi ini berdasarkan kerja beliau lakukan selama ini.
PRU15: Masih awal untuk BN tentukan rakan kongsi andai gagal peroleh majoriti - PM
Segala keputusan akan dibuat oleh pimpinan tertinggi BN bergantung pada situasi selepas PRU15.
BN setuju tema manifesto 'Kestabilan dan Kemakmuran'
Dewan Tertinggi BN bersetuju tema utama manifesto gabungan politik itu pada PRU15 ialah 'Kestabilan Dan Kemakmuran.'
Bersatu yakin Pas konsisten terus bersama PN - Rafiq Naizamohideen
Pas cukup bijak untuk tidak akan sewenang-wenangnya membenarkan diri mereka dipekotak-katikkan UMNO-BN atas nama 'kerjasama'.
#MalaysiaMemilih calon akhir media sosial terbaik ADMA2018
Astro AWANI dicalonkan dalam kategori Penglibatan Media Sosial Terbaik menerusi tanda pagar #MalaysiaMemilih sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei lalu.
Abang Jo tidak pernah jumpa Zahid sejak keputusan PRU14
Abang Johari mengesahkan GPS tidak menemui Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sejak keputusan PRU14 yang lalu.
Jalaluddin Alias tawar diri bertanding MT UMNO
Datuk Jalaluddin berkata keputusan itu dibuat demi kelangsungan perjuangan mempertahankan nasib agama, bangsa dan tanah air.