Malaysia dan Indonesia komited untuk mencabar Akta Perwakilan Kesatuan Eropah (EU) yang menyekat penggunaan minyak sawit dalam biobahan api menerusi pihak Badan Penyelesaian Pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) serta saluran lain yang bersesuaian.
Malah, kedua-dua negara itu turut meneliti hubungan dengan EU dan negara anggotanya, kata Kementerian Industri Utama (MPI) dalam satu kenyataan bersempena Mesyuarat Peringkat Menteri Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) kali ke-7 di sini, hari ini.
"Kalangan menteri terbabit menyuarakan rasa kesal terhadap pelaksanaan Akta Perwakilan EU pada 10 Jun, 2019. Ia telah dikuatkuasakan walaupun pelbagai usaha sudah diambil oleh negara-negara pengeluar bagi menyampaikan maklumat mengenai inisiatif-inisiatif mapan yang dilaksanakan," kata kementerian itu.
Selain itu, mesyuarat sama turut mencadangkan penubuhan Kumpulan Kerja CPOPC-EU Mengenai Minyak Sawit (JWG) yang berperanan sebagai platform baharu dan respon terhadap akta tersebut.
Langkah ini diputuskan selepas mengambil kira kesediaan delegasi CPOPC dan EU untuk mengadakan dialog secara lebih kerap.
"JWG boleh membabitkan negara anggota CPOPC dan negara pengeluar minyak sawit lain seperti pengeluar sawit Afrika dan akan membangkitkan isu pekebun kecil serta usaha pembasmian kemiskinan sebagai maklum balas terhadap Akta Perwakilan itu," kata kementerian.
Mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim dan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia Darmin Nasution, turut membincangkan pelbagai isu berkaitan industri minyak sawit termasuk dasar perdagangan antarabangsa dan akses pasaran, perniagaan dan penglibatan pekebun lecil dan Agenda Pembangunan Mapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 2030 (UNSDG).
Duta Colombia ke Malaysia, Mauricio Gonzalez Lopez turut hadir dalam mesyuarat itu selaku wakil negara pemerhati.
Menurut kementerian, kalangan menteri-menteri terbabit turut menyambut baik hasil kajian Pelan Induk Pelaksanaan Strategik SDG dalam Sektor Minyak Sawit menjelang 2030 dilaksanakan oleh CPOPC yang menunjukkan minyak sawit menjadi sebahagian besar daripada 17 objektif SDG PBB.
Ini berdasarkan kajian kes yang dijalankan di Indonesia, Malaysia, Thailand, Colombia dan Nigeria.
Mengulas isu tahap pencemaran 3-Monochloropropanediol (3-MCPDE) yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Eropah, kalangan menteri itu bersetuju bahawa satu tahap maksimum 2.5 ppm bagi semua minyak sayuran perlu diterima pakai sebagai had keselamatan penggunaan yang sewajarnya.
Menteri-menteri terbabit juga bersetuju bahawa CPOPC perlu meneruskan usaha melibatkan isu-isu semasa berkaitan dengan industri minyak sawit seperti bekalan dan permintaan, produktiviti, kestabilan harga, kebajikan pekebun kecil dan imej positif minyak sawit di sepanjang rantaian nilainya.
Menurut kenyataan kementerian itu, semua negara pengeluar minyak sawit turut dipelawa untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Negara Pengeluar Minyak Sawit kali kedua di Kuala Lumpur pada 18 November depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2019
Teresa Kok (tengah) semasa mempengerusikan Mesyuarat Peringkat Menteri CPOPC kali ke-7 bersama Darmin Nasution (tiada dalam gambar) di Kuala Lumpur, 16 Julai, 2019. Foto ihsan Kementerian Industri Utama
KKDW laksana pemasangan lampu LED solar jalan kampung tahun ini - Rubiah Wang
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju melaksanakan projek pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bermula tahun ini.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS menjelang keputusan mengenai kadar faedah
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7350/7390 berbanding dolar AS daripada 4.7165/7195 semasa ditutup semalam.
PAC kemuka lima syor selesai isu dua projek pembangunan di bawah LADA
PAC mengemukakan lima perkara kepada Kementerian Kewangan (MOF) dan LADA untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan isu pajakan Hotel St. Regis Langkawi dan projek Perkampungan Tok Senik Resort.
AWANI 7:45 [19/03/2024] - Titah tindakan paling keras | Tangani isu beras | Had laju kekal
- Isu kalimah Allah: Agong murka, TMJ gesa tindakan tegas.
- Kerajaan tidak bercadang tambat ringgit buat masa ini.
- Skim baharu tangani isu bekalan beras diumum dua tiga hari lagi.
- Cuaca panas, kebenaran khas kepada murid guru berpakaian sukan.
- Kerajaan tidak bercadang tambat ringgit buat masa ini.
- Skim baharu tangani isu bekalan beras diumum dua tiga hari lagi.
- Cuaca panas, kebenaran khas kepada murid guru berpakaian sukan.
RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 dibentang kali pertama
RUU bagi meminda Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2013 (Akta 743) itu dibentangkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.
Bursa Malaysia ditutup rendah, akhiri kenaikan tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 8.68 mata kepada 1,544.96 daripada 1,553.64 semasa ditutup pada Isnin.
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.
KPKT akan adakan sesi libat urus, tambah baik OSC 3.0 Plus
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengadakan sesi libat urus hingga September ini bagi menambah baik Pusat Setempat (OSC) 3.0 Plus di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).
Kerajaan laksana Kajian Kebolehlaksanaan Lemon Law
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Kajian Kebolehlaksanaan Lemon Law bagi memperkasakan hak pengguna di negara ini untuk menuntut ganti rugi.
Keberanian PM dalam isu Palestin wajar disokong dan dicontohi - YADIM
Sikap mempertahankan hak rakyat Palestin di persada dunia yang diperlihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diikuti oleh para pemimpin negara ini tanpa mengira parti.
Sawit: Malaysia, Indonesia akan cabar peraturan EU di WTO
Malah, kedua-dua negara itu turut meneliti hubungan dengan EU dan negara anggotanya.