Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa memaklumkan beliau hanya mengetahui penahanan anaknya, Ahmad Syafi atas tuduhan memiliki pil kuda menerusi imej laporan sebuah portal yang dihantar kepadanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu juga memberitahu beliau tidak dimaklumkan secara rasmi oleh polis mengenai penahanan itu dan tentang anaknya akan dibawa ke Mahkamah untuk tahanan reman pagi tadi.

"Saya juga tidak diberitahu sehingga kini di mana anak saya ditahan.

"Saya hanya diberitahu oleh seorang jiran tempat beliau ditahan petang semalam bahawa anak saya ditahan sekumpulan lelaki.

Husam akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai isu ini selepas dapat menemui anaknya pada waktu terdekat.

Sebelum ini, dilaporkan polis menahan anak lelaki seorang ADUN di Kelantan kerana memilik 200 biji pil kuda pada Sabtu.