Tutup

'Sayonara Malaysia', Duta Jepun puji Dr Mahathir

'Sayonara Malaysia', Duta Jepun puji Dr Mahathir
Selepas lima setengah tahun di Malaysia, Dr Makio Miyagawa akan menamatkan tugasnya sebagai Duta Jepun ke negara ini. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dr Makio Miyagawa mengucapkan 'sayonara' kepada Malaysia selepas lima setengah tahun berada di sini sebagai Duta Jepun dan memuji Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang beliau sifatkan sebagai seorang pemimpin yang disayangi, dihormati dan dikagumi kerajaan, rakyat, ahli politik, pemimpin perniagaan Jepun.

"Sekiranya Tun Dr Mahathir seorang doktor perubatan, beliau pastinya telah menyembuhkan ramai pesakit tetapi beliau menjadi pemimpin politik dan beliau telah 'menyembuhkan' negara. Saya belajar banyak perkara daripadanya. Beliau pemimpin yang sangat baik dan saya harap beliau akan terus menjadi pemimpin yang baik.
"Semua orang di Jepun gembira mempunyai pemimpin sedemikian di Asia," katanya kepada Bernama dalam wawancara sempena penamatan khidmat beliau di negara ini di kediaman rasminya di sini pada Khamis.

Dr Miyagawa, 68, yang memegang Ijazah Doktor Falsasah (PhD) dalam Hubungan Antarabangsa dan Undang-undang dari Oxford University, berkata beliau akan merindui Malaysia apabila kembali ke negaranya pada Selasa ini tetapi berjanji akan kembali ke negara ini pada masa depan dalam persediaan untuk bersara daripada perkhidmatan diplomatik.


Tag: Sayonara Malaysia, Duta Jepun, Dr Makio Miyagawa, Perdana Menteri, Mahathir Mohamad



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.