Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam perlu dilihat dalam konteks hanya untuk orang Islam di negeri itu sahaja, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri berkata pindaan itu hanya memberikan implikasi kepada orang Islam sahaja dan tidak melibatkan orang bukan Islam di Kelantan.
"Saya belum mendapat maklumat terperinci mengenai butirannya namun saya fikir apa yang dilakukan oleh mereka itu harus dilihat dalam konteks hanya untuk orang Islam di Kelantan sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas pindaan tersebut antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini, hari ini sebelum berlepas pulang ke ibu negara selepas menamatkan lawatan kerja dua hari di Sarawak.
Terdahulu Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri di Sri Aman.
Mengulas lanjut, timbalan perdana menteri berkata kerajaan negeri Kelantan berhak untuk mengemukakan pindaan rang undang-undang itu di DUN kerana mereka mempunyai suara majoriti.
"Bagaimanapun biarpun pindaan tersebut sudah diluluskan ia masih tertakluk kepada perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan untuk pelaksanaan," katanya.
RUU itu juga memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan,
Pindaan itu dicadangkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan diluluskan sebulat suara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2017
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjawab soalan pemberita sebelum berangkat pulang ke ibu negara selepas lawatan kerja dua hari ke Sarawak. - Foto Bernama
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Sebat di khalayak hanya untuk orang Islam Kelantan - TPM Zahid
Timbalan perdana menteri berkata pindaan itu hanya memberikan implikasi kepada orang Islam sahaja dan tidak melibatkan orang bukan Islam di Kelantan.