Kes saman yang difailkan kerajaan Persekutuan terhadap kerajaan negeri Kelantan dan tujuh lagi untuk mendapatkan pengiktirafan hak tanah adat Orang Asli Temiar di Pos Simpor berdekatan Gua Musang, akan disebut 22 Jan ini.
Menurut senarai kes mahkamah, kes itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Menurut sumber, saman itu difailkan Jabatan Peguam Negara (AGC) mewakili kerajaan Persekutuan Isnin lalu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu beserta dengan sijil perakuan segera.
"Pihak kami menerima salinan pernyataan tuntutan yang disahkan daripada mahkamah pada Selasa dan pihak kami juga dalam proses untuk menyerahkan pernyataan tuntutan itu kepada kerajaan negeri Kelantan dan beberapa defendan lain," katanya.
Beliau berkata ada beberapa defendan telah pun menerima salinan pernyataan tuntutan itu daripada AGC.
Ditanya mengenai prosiding pada 22 Jan ini, sumber itu memberitahu bahawa mahkamah mungkin akan mendengar permohonan kerajaan Persekutuan selaku plaintif tunggal dalam saman itu, untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang pencerobohan dan pemusnahan tanah adat demi keuntungan komersial pihak swasta.
Dalam pernyataan tuntutan itu, kerajaan Persekutuan menamakan Fleet Precision Sdn Bhd, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan, Koperasi Kijang Mas Negeri Kelantan Berhad, KPG Maju Enterprise Sdn Bhd, Ringgit Saksama (M) Sdn Bhd dan M7 Plantation Berhad sebagai defendan pertama hingga kelapan.
Peguam Negara, Tommy Thomas dalam kenyataan media pada Jumaat, berkata buat pertama kali sejak kemerdekaan, Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan prosiding mahkamah bagi pihak Orang Asli dalam memberikan pengiktirafan tanggungjawab perlembagaan dan perundangan untuk melindungi, serta menggalakkan kesejahteraan dan kemajuan mereka.
BACA: Jabatan Peguam Negara fail tindakan sivil mengenai tanah adat Orang Asli Temiar
Menurutnya, kerajaan negeri Kelantan dan agensinya baru-baru ini telah mengeluarkan lesen pembalakan kepada syarikat swasta, dan dengan menggunakan jentera berat mereka telah menebang dan membawa keluar kayu balak dari kawasan hutan yang luas, yang diterangi untuk dijadikan ladang durian dan pokok getah.
Namun, katanya, kerajaan Kelantan tidak berunding dengan Orang Asli Temiar sebelum meluluskan lesen pembalakan atau menawarkan apa-apa pampasan atas penafian hak tanah adat dan sumber keperluan Orang Asli.
Thomas berkata tindakan itu telah mengakibatkan Orang Asli Temiar dinafikan tanah adat dan sumber menyebabkan hakisan, pencemaran dan kemusnahan teruk terhadap sistem ekologi dan landskap Pos Simpor.
Katanya walaupun kerajaan negeri Kelantan mempunyai bidang kuasa ke atas perkara berkaitan tanah, perhutanan dan galian, namun mereka turut terikat dengan kewajipan utama dan tidak boleh diketepikan untuk melindungi dan memelihara kesejahteraan Orang Asli Temiar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 18 2019
Tommy Thomas berkata tindakan kerajaan negeri Kelantan mengakibatkan Orang Asli Temiar dinafikan tanah adat dan sumber, menyebabkan hakisan, pencemaran dan kemusnahan teruk terhadap sistem ekologi dan landskap Pos Simpor. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Jenazah dibawa ke lokasi pengebumian
Lapan jenazah anggota TLDM selesai disolatkan di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja kira-kira jam 5.40 petang pada Rabu.
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.
Cuaca panas: Bomba rekod lebih 200 kes kebakaran terbuka di Kelantan
Bomba Kelantan merekodkan 232 kes kebakaran terbuka dalam tempoh lapan hari sejak 4 April lepas berikutan cuaca panas atau pembakaran terbuka.
Aliran trafik di Gua Musang sesak, perantau mula pulang
Aliran trafik di Jalan Jeli-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Kuala Krai-Gua Musang sesak ekoran perantau mula pulang ke destinasi masing-masing selepas berakhir cuti Aidilfitri.
Tiga laluan utama di Gua Musang dijangka sesak Jumaat ini - Polis
Tiga laluan itu adalah Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Jeli-Gua Musang.
Muse Ecopark, R&R Rantau Manis - tempat riadah dan rehat menakjubkan buat pengguna laluan Pantai Timur
Pada musim perayaan ketika kenderaan bersesak memasuki Kelantan, dua kemudahan ini menawarkan lokasi istirahat lengkap untuk melepas lelah.
Pembantu stor maut motosikal terbabas bertembung treler
Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dan kemudian bertembung dengan sebuah treler di Gua Musang.
Imigresen, JPJ tahan 74 pendatang dalam operasi bersepadu
Jabatan Imigresen Kelantan menahan 74 pendatang tanpa izin dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pagi tadi.
Jawatankuasa Bahagian Bersatu Gua Musang digantung
Jawatankuasa Bahagian Bersatu Gua Musang digantung susulan ketua bahagiannya yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiga jajahan di Kelantan berpotensi jadi tarikan ekopelancongan
Kebanyakan lokasi yang terlibat adalah di kawasan pedalaman kerana mempunyai sumber alam semula jadi yang indah.
Empat jajahan di Kelantan dijangka dilanda banjir bermula hari ini
JPS dalam kenyataan memaklumkan ramalan awal banjir dikeluarkan susulan amaran hujan berterusan tahap buruk oleh MetMalaysia.