Sebanyak 130 buah sekolah maahad tahfiz dan sekolah pondok di Perak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri dan 61 mematuhi piawaian kebakaran, kata Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Rusnah Kassim.
Beliau berkata hasil pemeriksaan sehingga bulan lalu mendapati 69 buah sekolah maahad tahfiz dan sekolah pondok berdaftar itu tidak mematuhi piawaian kebakaran.
"Sebanyak enam maahad tahfiz dan sekolah pondok belum berdaftar, manakala baki 10 lagi didapati tidak beroperasi," katanya ketika menjawab soalan Datuk Sham Mat Sahat (BN-Alor Pongsu) mengenai langkah pencegahan yang diambil bagi mengelak kebakaran di pusat maahad tahfiz pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Menurut Rusnah, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri telah menubuhkan sebuah pasukan petugas bagi menjalankan pemeriksaan keselamatan kebakaran di sekolah maahad tahfiz dan sekolah pondok di seluruh negeri.
"Sebanyak 10 pasukan pemeriksa terdiri daripada 28 pegawai bomba Perak dilantik secara langsung melakukan pemeriksaan selain memberi khidmat nasihat serta tunjuk ajar berkaitan keselamatan kebakaran bermula 2 hingga 17 Okt lepas.
Tambah Rusnah, kerajaan negeri juga mengarahkan pihak bomba turun padang sekali setahun untuk memantau keselamatan maahad tahfiz dan sekolah pondok.
Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 53 skuad bomba tahfiz dan pondok yang berperanan sebagai 'first responder' telah berdaftar di seluruh negeri dan sembilan daripadanya berjaya menamatkan latihan mengikut modul dan teori ditetapkan.
Rusnah berkata sepanjang tempoh 2015 sehingga tahun ini, sebanyak dua kes kebakaran dilaporkan berlaku disebabkan kejadian litar pintas.
"Walaupun jumlah ini kecil, kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah proaktif demi keselamatan anak-anak ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2017
Rusnah berkata sepanjang tempoh 2015 sehingga tahun ini, sebanyak dua kes kebakaran dilaporkan berlaku disebabkan kejadian litar pintas.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
15 kedai, stesen minyak di Pekan Kota dilanda banjir kilat
Hujan lebat kira-kira jam 6 petang itu berlarutan sehingga satu jam menyebabkan limpahan air mencecah setengah meter.
14 rumah musnah dalam kebakaran di Nabawan
Pasukan bomba daripada BBP Sook, Keningau dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 89km selepas menerima panggilan pada 9.16 pagi.
Bomba Perak bekukan 70 peratus cuti raya pegawai, anggota
Sayani berkata hanya 30 peratus daripada 1,270 pegawai dan anggota diberikan kelonggaran untuk bercuti sempena perayaan itu.
Cuaca panas: Lebih 500 kebakaran direkodkan dalam tempoh tiga bulan - Bomba Kelantan
Peningkatan lebih 50 peratus itu agak membimbangkan dan dikenal pasti susulan cuaca panas serta kemarau yang melanda kira-kira dua bulan lepas.
Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok
Bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mangsa yang beralamat di Kampung Ibrahim Pencen, Rantau Panjang telah hilang di sungai itu.
Kilang pengeluar sarung tangan terbesar musnah dalam kebakaran
Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 berlaku kebakaran besar pada jam 10.27 malam.
Malaysia rekod peningkatan drastik kebakaran terbuka dua bulan pertama 2024 - Nga
Negara merekodkan peningkatan kes kebakaran terbuka yang sangat drastik dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Deretan kedai musnah terbakar dekat R&R Jalan Sungkai
Kebakaran melibatkan kedai kelas B berukuran 60 kaki x 40 kaki yang terbakar sebanyak 90 peratus daripada isi bangunan.
Bapa, anak perempuan maut dalam nahas di Keningau
Mangsa dikenali sebagai Masino Gelong, 45, dan Claeryina Mecthildis Masino, 4.
Lelaki rentung dalam kebakaran kereta terbabas
Bomba dapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi marak terbakar di lokasi kejadian membabitkan kemusnahan 80 peratus.