Tutup

Sekretariat Delta TUDM terima anugerah Media Sosial Malaysia

Sekretariat Delta TUDM terima anugerah Media Sosial Malaysia
Bahagian Perhubungan Awam TUDM telah merangkul Anugerah "Best Social Media Excellence Award (Public Services Sector)" buat kali kedua. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Bahagian Perhubungan Awam TUDM (MTU-Sekretariat Delta) berjaya mengharumkan nama TUDM setelah dinobatkan sebagai penerima anugerah dari Dewan Sosial Media Malaysia pada Malam Anugerah Media Sosial Malaysia Tahun 2019 yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia 2019 (MITEC), Kuala Lumpur.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM telah merangkul Anugerah "Best Social Media Excellence Award (Public Services Sector)" buat kali kedua dimana sebelum ini telah dimenangi oleh bahagian tersebut pada tahun 2017. Penilaian bagi penerima anugerah ini dilaksanakan berdasarkan keaktifan penyaluran rencana/informasi menerusi platform media sosial iaitu Facebook, Twitter dan Instagram.
Anugerah Media Sosial Malaysia adalah merupakan anugerah yang  diadakan bagi mengiktiraf kecemerlangan agensi kerajaan mahupun swasta yang menggunakan medium media sosial sebagai platform hebahan maklumat kepada umum.

Sebanyak 33 kategori telah dipertandingkan dalam Anugerah Media Sosial Malaysia yang membabitkan penglibatan pencalonan sebanyak 240 agensi. Penilaian yang dibuat dari panel profesional telah mengenalpasti 33 pemenang yang layak bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Lt Jen Dato' Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah hadir mewakili Panglima Tentera Udara bagi menerima anugerah tersebut


Tag: Facebook, Twitter, Instagram, TUDM, Kuala Lumpur, Media, media sosial, kerajaan, pendidikan, tentera, social media, Malaysia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.