Dianggarkan, sektor perindustrian membazir kira-kira 20 peratus tenaga dalam pengoperasian yang dapat dielakkan dengan meningkatkan kecekapan tenaga.

Dengan kenaikan tariff elektrik bermula tahun depan, industri kini perlu mengubah tabiat penggunaan tenaga itu untuk mengurangkan impak kos yang tinggi.

Menurut kajian, industri mempunyai potensi penjimatan sehingga satu pertiga daripada penggunaan tenaganya menerusi usaha meningkatkan kecekapan operasi.

CEO Suruhanjaya Tenaga Datuk IR Ahmad Fauzi Hasan berkata satu kajian telah dijalankan beberapa tahun yang lalu dan didapati sesuatu 20 peratus tenaga boleh diselamatkan melalui pelbagai langkah asas.

Datuk Saw Choo Boon, presiden Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) pula berkata, penggunaan peralatan yang lebih cekap tenaga memerlukan masa tetapi perniagaan perlu melihat secara keseluruhan untuk mengurangkan kos.

Bagaimanapun jika gagal berbuat demikian, beliau tidak menafikan kemungkinan kos akan diturunkan kepada pengguna.

Namun Ahmad Fauzi melihat, amalan menjimatkan tenaga yang mudah boleh dipraktikkan untuk mengurangkan pembaziran.

Bagi membantu industri meringkankan impak kadar tariff baru, diskaun juga diberikan kepada penggunaan tenaga elektrik di luar waktu puncak.

Selain itu, suruhanjaya tenaga juga bersedia membantu industri melakukan audit kecekapan tenaga selain menyalurkan khidmat nasihat.