Demi menyelamatkan seekor anak beruk yang terbelit wayar tiang telekomunikasi, anggota bomba sanggup memanjat tiang setinggi 10 meter dalam kejadian di Taman Budi, Pasir Hor semalam.
Anak beruk berusia tujuh bulan bernama Black itu berjaya dibawa turun anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung tanpa sebarang kecederaan.
Pegawai Bomba Kanan II Suhardi Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kecemasan jam 5.25 petang sebelum tiba di lokasi.
"Didapati seekor anak beruk terbelit tali wayar di tiang telekomunikasi dan pihak kami mengambil masa kira-kira 18 minit untuk membawa turun haiwan itu," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, difahamkan haiwan peliharaan itu terlepas tali ketika bermain dengan anak pemiliknya sebelum bertindak memanjat tiang telekomunikasi berdekatan.
Bagaimanapun, anak beruk itu tidak bernasib baik apabila dia terbelit pada wayar telekomunikasi sebelum pemiliknya menelefon bomba untuk meminta bantuan.
"Bomba berusaha menggunakan tangga sambungan bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat anak beruk itu," katanya.
Beliau berkata, operasi menyelamat itu disertai lapan anggota yang diketuai oleh beliau sendiri.
Haiwan itu kemudiannya diserahkan kepada pemiliknya, Muhammad Fakaruddin Abdul Ghani selepas diselamatkan.
Vivi Sumanti
Tue Dec 17 2019
Bomba menggunakan tangga sambungan bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat anak beruk. - Foto JBPM
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Jabatan Kesihatan Kelantan nafi beruk di Gua Musang positif COVID-19
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menafikan dakwaan seekor beruk di Gua Musang, positif COVID-19.
Perhilitan buru beruk liar cederakan wanita di Taman Tasik Taiping
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak sedang memburu seekor beruk jantan liar yang mencederakan seorang wanita di Taman Tasik Taiping.
Sikap Lim Kit Siang, pemimpin lain seperti 'beruk cuba lawan dengan kilat' - MB Kedah
"Bukan saya kata dia beruk, tapi sikap (mereka) kita tak kata kat dia pun (berkaitan isu kuil), kita (tidak) kacau dia pun." - Sanusi
Bagaimana nak pertahankan karya jurugambar yang dicilok?
Jurugambar perlu tahu hak mereka sekiranya karya-karya yang dibidik menjadi mangsa plagiat atau dicuri untuk kegunaan pihak lain.
Panjat tiang telekomunikasi 10m selamatkan anak beruk terbelit wayar
Anak beruk berusia tujuh bulan bernama Black itu berjaya dibawa turun anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung tanpa sebarang kecederaan.
'Motosikal' panjat pokok? Petani ini cipta alat khas petik buah kelapa
Petani ini mempunyai cara yang lebih inovatif dan berteknologi tinggi untuk melaksanakan tugas itu, iaitu menaiki sebuah 'motosikal'.
Kambing pun terkejut, beruk kentoi 'huru-harakan' kandang
Kampung Long Ban, Simpang Empat di Perlis .gempar dengan kehadiran seekor beruk jenis - kentoi, yang dilihat berkeliaran di sekitar kediaman dan kandang kambing milik penduduk.
Diserang beruk, pengawal keselamatan terima lima jahitan
Mangsa dihampiri beruk seberat kira-kira 20 kilogram itu ketika berehat di luar pondok pengawal keselamatan sebuah sekolah.
Bomba selamatkan beruk gayat turun pokok kelapa
Beruk jantan berkenaan milik warga emas, dikenali Pak Lah dikatakan tersangkut di atas sebatang pokok kelapa setinggi 40 kaki.
Beruk dibaling mercun, dipercayai mati dilanggar lari
Seekor beruk yang dilapor cedera akibat dibaling mercun, kini dipercayai mati dilanggar lari Sabtu lepas.