'Selamat maju jaya, jangan lupa guru anda' - pesan Syed Saddiq kepada pelajar SPM

'Selamat maju jaya, jangan lupa guru anda' - pesan Syed Saddiq kepada pelajar SPM
Syed Saddiq turut meminta para pelajar untuk mengenang jasa guru atas pengorbanan mereka dalam mendidik generasi muda. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar yang mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula jam 10 pagi ini.

Menerusi laman Twitter, Syed Saddiq mengucapkan tahniah kepada mereka yang mendapat keputusan baik dan kepada yang tidak, beliau menasihatkan mereka supaya tidak berputus asa dan terus berjuang untuk kejayaan di masa depan. 

“Kepada adik-adik yang baru dapat keputusan SPM, Saddiq nak ucapkan selamat maju jaya dan all the best in your future pursuits.
"Kalau dapat keputusan yang baik, Alhamdulillah, kalau tidak tak apa, there is still time to bounce back and to fight on," tweet Syed Saddiq, sebentar tadi.

Beliau turut meminta para pelajar untuk mengenang jasa guru atas pengorbanan mereka dalam mendidik generasi muda.

“Tolong kenang jasa cikgu-cikgu kita yang tidak kenal erti penat lelah mengajar dan melayan kerenah kita. Kejayaan kita adalah kerana mereka.”

Menurut Kementerian Pendidkan Malaysia, pencapaian calon SPM 2018 lebih baik daripada 2017 dengan Gred Purata Nasional (GPN) 2018 catat 4.89 berbanding 4.90 pada 2017.