Tutup

Selangor umum bonus RM500 hingga tiga bulan gaji

Selangor umum bonus RM500 hingga tiga bulan gaji
Amirudin Shari mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 sehingga tiga bulan gaji kepada penjawat awam di Selangor pada pembentangan Belanjawan Selangor 2020, pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
SHAH ALAM: Selangor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) berjumlah RM500 sehingga tiga bulan gaji kepada penjawat awam di negeri itu.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, BKK itu berdasarkan Indeks Prestasi Utama (KPI) jabatan dan prestasi individu kakitangan itu sendiri.

"Pada BKK kali pertama, insentif sebulan gaji telah diberi kepada semua penjawat awam.

“Bagi BKK kali kedua, Kerajaan Negeri telah bersetuju memberikan minimum RM500 sehingga dua bulan gaji berdasarkan kepada prestasi jabatan dan individu pada 24 Disember 2019 dengan implikasi kewangan sebanyak RM30 juta kepada perbelanjaan kerajaan negeri,” katanya pada pembentangan Belanjawan Selangor 2020, di sini pada Jumaat.
Menurut Amirudin, asas-asas pentadbiran yang berorientasikan keadilan serta reformasi, bersendikan integriti terus dipertahan dan pembangunan dalam konteks terkini digembleng bersama agenda pemberdayaan rakyat.

“Kita seharusnya mampu menyesuaikan dengan keadaan dan situasi demi memastikan negeri dapat merentasi setiap dugaan dan rintangan dengan syarat bahtera kekal stabil, utuh dan teguh.
“Makanya, nakhoda dan anak-anak kapal harus berganding bahu memastikan layar sentiasa terkembang agar haluan bahtera tidak terpesong dari tujuan.

“Begitulah arah tuju negeri Selangor menuju negeri pintar serantau menjelang tahun 2025 dan membuka langkah di tahun 2020 demi melaksanakan Wawasan Kemakmuran Bersama,” ujarnya.


Tag: Belanjawan Selangor 2020, Selangor umum bonus, bonus tiga bulan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.