Selepas Putrajaya, Shah Alam pula dilanda ribut kencang

Selepas Putrajaya, Shah Alam pula dilanda ribut kencang
Salah sebuah kereta penduduk di Shah Alam rosak teruk dihempap pokok tumbang selepas dilanda ribut kuat. - Gambar Facebook Ibnu Ikram Junior
KUALA LUMPUR: Selepas Putrajaya dilanda ribut kuat pada petang Sabtu, Shah Alam pula dilanda bencana sama. 

Melalui laman sosial Facebook, kebanyakan netizen yang tinggal di bandaraya itu berkongsi gambar dan video ribut kuat yang berlaku pada petang Ahad. 

Ribut kencang dan hujan lebat itu turut menyebabkan pokok tumbang.
Malah, ada kenderaan yang rosak dihempap pokok tumbang berkenaan. 

BACA: Netizen kongsi detik cemas Putrajaya dilanda ribut

 

 
 

Pada Sabtu, beberapa kawasan di Putrajaya dilanda ribut kencang. 

Kejadian turut menyebabkan pokok tumbang dan kerosakan kemudahan awam di taman permainan kanak-kanak.


Tag: Facebook, video, Shah Alam, ribut, Putrajaya, laman sosial, dilanda ribut


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.