Tidak sampai beberapa jam selepas Ketua Pemuda Parti Keadlian Rakyat (PKR) Kelana Jaya Saifullah Zulkifli ditahan polis, kini giliran Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan 'Kita Lawan' pada Sabtu.
Nik Nazmi dalam catatan tweetnya pada malam Sabtu berkata beliau menerima panggilan daripada pegawai polis untuk memintanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 8 Mac.
“Saya maklum akan hadir esok (Ahad) 10 pagi dengan peguam,” kata beliau dalam akaun Twitter peribadinya pada kira-kira jam 10.20 malam tadi.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Sabtu memberi amaran kepada penganjur perhimpunan 'Kita Lawan' supaya bersedia dengan apa-apa tindakan yang akan diambil pihak polis.
Perhimpunan 'Kita Lawan' diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap pemenjaraan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar setelah mendapatinya bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.
Mariah Ahmad
Sat Mar 07 2015
Selepas Saifullah ditahan, giliran Nik Nazmi pula dipanggil polis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Kerajaan Perpaduan terbuka kepada rekomendasi, saranan Bersih - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan terbuka kepada sebarang rekomendasi atau saranan daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
AMK sambut baik usaha agenda reformasi
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyambut baik usaha konstruktif berkaitan agenda reformasi selaras dengan idealisme dan perjuangan parti.
Himpunan Bersih terkawal, enam Ahli Parlimen terima memorandum
Mohammed Taufiq memaklumkan pihak kerajaan komited dalam memenuhi tuntutan yang dibuat oleh Bersih dan rakan-rakan NGO yang lain.
Peserta himpunan Reformasi 100 Peratus berkumpul, hantar memorandum ke Parlimen
Perhimpunan anjuran Bersih itu mula berhimpun sejak jam 8 pagi bagi mendesak kerajaan menunaikan janji untuk melaksanakan 100 peratus pembaharuan.
Bersih tetap adakan perhimpunan, hantar notis di IPD Dang Wangi
Bersih akan menghantar permohonan berhubung penganjuran Perhimpunan Tuntut Reformasi 100 Peratus kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.
Himpunan #Reformasi100peratus bukan demonstrasi besar - Pengerusi Bersih
Perhimpunan #Reformasi100peratus yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 27 Februari akan datang bukan suatu demonstrasi besar-besaran.
Pengampunan Najib: Pemuda UMNO bidas Bersih
Pemuda UMNO berkata, pendirian NGO itu jelas berbeza dengan apa yang berlaku dalam kes Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Pengampunan Najib: 'Keputusan beri kesan besar kepercayaan rakyat kepada sistem keadilan negara' - Bersih
Bersih mendesak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menjalani hukuman penuh seperti yang telah diputuskan oleh mahkamah tertinggi negara sebelum ini.
Bersih sokong Akta Penggal Tetap Parlimen, dapat jamin kestabilan politik
Bersih menyokong penggubalan Akta Penggal Tetap Parlimen yang dapat menjamin penggal Parlimen kekal hingga habis tempoh iaitu sehingga 18 Disember 2027 sekali gus memastikan kestabilan politik negara
Bersih lantik Faisal Abdul Aziz sebagai pengerusi baharu
Pengundian itu dilakukan secara dalam talian dengan wakil 45 daripada 61 badan bukan kerajaan (NGO) dalam gabungan Bersih membuang undi.