Seorang daripada dua adik lelaki bekas menteri Persekutuan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah dibebaskan pada 10 pagi ini.
Lelaki berumur 52 tahun berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 dengan RM25,000 dideposit berserta dua orang penjamin.
Perintah pembebasan lelaki berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie atas permohonan SPRM dan prosiding diadakan di sebuah hospital swasta di mana lelaki berkenaan sedang menerima rawatan.
Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Afiq Basiruddin ketika ditemui di luar hospital tersebut berkata lelaki itu sepatutnya dibebaskan esok namun SPRM memohon untuk membebaskannya hari ini kerana urusan siasatan setakat ini ke atas adik bekas menteri itu sudah selesai.
Lelaki berkenaan ditahan SPRM pada 10 Okt lalu sebelum diperintah direman 10 hari bagi membantu siasatan SPRM.
Sementara itu, seorang ahli perniagaan berumur 33 tahun yang direman SPRM pada 15 Okt lalu bagi membantu siasatan berhubung isu penyelewengan dana berkenaan, turut dibebaskan pagi ini.
Perintah pembebasannya itu juga dikeluarkan oleh Majistret Stephanie Sherron dalam satu prosiding yang dijalankan di sebuah hospital swasta lain selepas mendengar permohonan SPRM yang diwakili Pegawai Pendakwa Rustam Sanip.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2017
Adik kepada bekas menteri Persekutuan dibebaskan SPRM. - Gambar hiasan.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Seleweng dana KKLW: Bekas Menteri Kabinet dibebaskan
Bekas Menteri Kabinet yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibebaskan dengan ikat jamin SPRM RM100,000.
Seleweng dana KKLW: Tempoh reman bekas Menteri Kabinet dilanjut
Tempoh tahanan reman bekas Menteri Kabinet bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar Sabah dilanjutkan empat hari lagi.
Seleweng dana KKLW: Bekas Menteri Kabinet direman
Bekas Menteri Kabinet yang ditahan SPRM direman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana KKLW di Sabah.
Seleweng dana KKLW: Adik bekas menteri Persekutuan dibebaskan SPRM
Seorang daripada dua adik lelaki bekas menteri Persekutuan yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana KKLW dibebaskan pagi ini
Seleweng dana KKLW: Seorang lagi adik bekas menteri Persekutuan direman
Seorang lagi adik bekas menteri persekutuan direman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana RM180 juta berkaitan projek luar bandar di negeri ini.
Seleweng dana di Sabah: Seorang pemimpin parti politik pembangkang dibebaskan
Seorang pemimpin parti politik Sabah yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana RM180 juta berkaitan projek luar bandar di negeri ini dibebaskan hari ini.