1. ATM nafi keluar produk baju-T dan topeng muka

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan pihak pernah mengeluarkan produk berupa baju-T dan topeng muka.

Produk berkenaan tertera perkataan Operasi Penawar beserta logo ATM-PDRM untuk dijual kepada orang ramai.

Bagaimanapun, ATM menegaskan mana-mana pihak tidak dibenarkan mengeluar, menjual, membeli dan menggunakan produk berkenaan tanpa kebenaran.

2. Tiada kes COVID-19 dikaitkan dengan pengunjung Pasar Borong Ipoh

Jabatan Kesihatan Negeri Perak menafikan dakwaan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang awam yang mengunjungi Pasar Borong Ipoh untuk menjalani saringan COVID-19.

Ia dikhususkan kepada orang ramai yang mengunjungi pasar berkenaan pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Sementara itu, kenyataan rasmi Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta telah menjalankan siasatan terhadap mesej tular berkenaan dan tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan sedemikian.

JKNP juga menegaskan bahawa sehingga kini, tiada sebarang kes COVID-19 dikaitkan dengan pengunjung Pasar Borong Ipoh, Perak.