Berikut merupakan penafian mengenai beberapa berita yang tular di media sosial dalam tempoh 24 jam oleh Kementerian Komunikasi dan Media (SKMM).


1. Tiada pengunjung positif COVID-19 di Econsave Rinching, Semenyih

Pihak Econsave Rinching, Semenyih, Selangor menafikan dakwaan bahawa dua orang pelanggan yang mengunjungi pasar raya itu positif COVID-19.

Pasar raya berkenaan juga menjelaskan tiada pekerjanya yang positif COVID-19.

2. Bayaran pencen ikut jadual ditetapkan

Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen) menafikan maklumat tentang pembayaran pencen bulan April 2020 yang akan diawalkan.

Sebaliknya pembayaran akan dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan.