Jabatan Kesihatan Terengganu menafikan dakwaan yang tular di aplikasi Whatsapp mengenai kematian seorang individu di Jalan Abdul Rahman Limbong , Padang Negara, Kuala Terengganu pada 14 April lalu, adalah akibat COVID-19.

Menurut Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azmi Yunus, individu itu didapati telah meninggal dunia di rumahnya dan jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah pada hari yang sama untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil ujian makmal ke atas individu itu menunjukkan dia negatif COVID-19.


Selain itu, polis Johor menafikan dakwaan melalui rakaman video yang mengatakan pihak polis tidak mengawal penjarakan sosial di beberapa kawasan termasuk di pasar dan kedai di Johor Bahru.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menjelaskan bahawa pihaknya sentiasa mengambil tindakan selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).