Dua berita palsu libatkan MITI dan KKM. Kedua-dua kementerian menafikan kenyataan yang tular seperti dalam pemberitahuan maklumat berikut.


1. MITI nafi kumpul maklumat syarikat mengenai SOP kesihatan

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menafikan pernah menjalankan pengumpulan maklumat daripada syarikat-syarikat mengenai prosedur operasi standard (SOP)
kesihatan.


Pengumpulan maklumat itu kononnya untuk tujuan membenarkan sesetengah industri membenarkan operasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


2. KKM nafi doktor HSA keluarkan larangan ke pasar Seksyen 6

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan bahawa para doktor dari Hospital Shah Alam melarang orang ramai mengunjungi pasar Seksyen 6, Shah Alam.

Ia berikutan lebih daripada tiga kes positif COVID-19 dilaporkan di kawasan pasar berkenaan.

Bagaimanapun, KKM dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan perkara itu tidak benar.



“Pesanan ini adalah palsu. Ia tidak benar sama sekali,” katanya.