Berikut merupakan penafian tentang beberapa berita yang tular di media sosial dalam tempoh 24 jam oleh Kementerian Komunikasi dan Media (SKMM).

1. Polis Sandakan nafi 800 berbaris luar balai bayar saman

Polis Sandakan menafikan dakwaan bahawa 800 orang pemandu yang disaman RM1,000 setiap seorang berbaris di kawasan luar Balai Polis Sandakan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, sebaliknya mereka hadir untuk membuat laporan polis serta urusan lain dan diminta untuk mengamalkan penjarakan sosial dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, mereka diarahkan berbaris di luar untuk mengelakkan berkumpul di dalam bangunan balai polis.

Beliau berkata pada waktu yang sama, kebetulan Balai Polis Sandakan sedang dalam proses membuat semburan nyah kuman.

2. HSNI nafi ada masalah kekurangan penyukat suhu

Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat, Johor menafikan dakwaan bahawa hospital berkenaan menghadapi masalah kekurangan alat penyukat suhu.