Dua lagi berita palsu dinafikan kesahihannya hari ini bahawa kononnya terdapat arahan perintah berkurung di Shah Alam, Selangor serta denda RM1,000 jika gagal memakai penutup mulut dan hidung di Raub, Pahang.

1. Tiada arahan 'lockdown' di Seksyen 6 Shah Alam

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa Seksyen 6 Shah Alam akan dikenakan perintah lockdown.

Menurutnya, Pejabat Daerah Petaling dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor hanya melakukan saringan komuniti awal secara percuma dari rumah ke rumah melibatkan golongan berisiko seperti warga emas.

2. Polis Raub nafi saman RM1,000 jika gagal pakai mask

Pihak Polis Daerah Raub, Pahang menafikan dakwaan bahawa polis berkunjung ke Pasaraya Thong Fatt dan memaklumkan saman RM1,000 dikenakan kepada individu yang tidak memakai penutup mulut dan hidung (mask).

Menurut Polis Daerah Raub, pihak polis hadir ke pasar raya berkenaan dan menyampaikan nasihat kepada masyarakat agar mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta digalakkan memakai mask dan menjaga jarak sosial satu meter.

Kompaun RM1,000 boleh dikenakan kepada sesiapa yang melanggar arahan PKP jika sabit kesalahan bukannya kompaun RM1000 jika tidak memakai mask.