Pemilih berdaftar diminta membuat semakan maklumat pengundian selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi mengelakkan sebarang masalah berhubung tempat mengundi.
Ketua Program Pengurusan Strategik Akademi Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Khadijah Ishak berkata antara masalah yang dijangka berlaku termasuk perubahan tempat mengundi khususnya kepada pemilih berdaftar yang bertukar alamat.
Beliau berkata, jika usul persempadanan semula bahagian pilihan raya dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat serta diguna pakai untuk PRU14, terdapat kemungkinan berlaku perubahan tempat mengundi kepada sebahagian pemilih berdaftar.
"Contohnya, sebelum ini undi di sekolah A, tetapi sebab ada persempadanan baru jika diguna pakai, mungkin bertukar ke sekolah B atau sekolah C. Jadi dia tak boleh jangka (PRU) lima tahun lepas dia di sekolah A, tidak semestinya PRU kali ini mengundi di tempat sama.
"Sebab itu semakan perlu dibuat dan menjadi tanggungjawab kepada pengundi itu sendiri bagi memudahkan semasa hari pengundian," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu 'Nine11' terbitan Bernama News Channel di sini, hari ini.
Khadijah berkata meskipun barung semakan SPR disediakan di tempat-tempat mengundi, namun ia hanya menyediakan perkhidmatan menyemak nombor saluran mengundi, bukan untuk semakan daftar pemilih.
Beliau berkata semakan boleh dibuat sama ada menerusi aplikasi mudah alih My SPR Semak, menghubungi talian 03-88927018 atau mana-mana pejabat Pilihan Raya Negeri, semakan di portal rasmi SPR atau menerusi SMS dengan menaip SPRNo. kad pengenalan dan SMS ke talian 15888.
Sementara itu beliau berkata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah akan melancarkan Kempen Jom Semak dan Jom Undi di Universiti Malaysia Perlis pada Rabu ini (21 Mac) untuk memberi kesedaran kepada pengundi mengenai tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi.
"Objektif utama kempen ini adalah menyasarkan agar tahap kesedaran pemilih terhadap kepentingan mengundi meningkat dan mencapai sasaran 85 peratus pengundi akan keluar mengundi pada PRU14," katanya.
Sehingga Suku Tahun Keempat 2017, SPR merekodkan seramai 14,968,304 pemilih berdaftar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 19 2018
Meskipun barung semakan SPR disediakan di tempat-tempat mengundi, namun ia hanya menyediakan perkhidmatan menyemak nombor saluran mengundi, bukan untuk semakan daftar pemilih.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Semak maklumat undi seminggu sebelum PRU - SPR
Pemilih berdaftar diminta membuat semakan maklumat pengundian selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi mengelakkan sebarang masalah.