Semak status halal hotel tawar pakej buka puasa terlebih dahulu - TKM1 P. Pinang

Semak status halal hotel tawar pakej buka puasa terlebih dahulu - TKM1 P. Pinang
Umat Islam dinasihat supaya menyemak terlebih dahulu status halal hotel yang menawarkan pakej berbuka puasa bagi mengelakkan kekeliruan. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Hotel-hotel di Pulau Pinang yang tidak mendapat pengiktirafan sijil halal digesa untuk tidak mengelirukan umat Islam dengan menawarkan pakej berbuka puasa.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata menjelang bulan Ramadan yang dijangka bermula 6 Mei ini, banyak hotel-hotel yang menawarkan pakej berbuka puasa atas nama 'Bufet Ramadan'.
Beliau berkata perkataan Ramadan dan puasa adalah merujuk kepada ibadat umat Islam, justeru beliau menasihatkan umat Islam supaya menyemak terlebih dahulu status halal hotel yang menawarkan pakej berbuka puasa bagi mengelakkan kekeliruan.

"Saya berharap dengan pengumuman ini akan dapat memberi gambaran yang lebih jelas agar umat Islam dapat menunaikan ibadah puasa dengan tenang dan menikmati hidangan berbuka puasa yang halal dan toyyibah," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, senarai hotel yang mendapat pengiktirafan sijil halal daripada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang boleh disemak di laman sesawang http://www.halal.gov.my.

-- BERNAMA

Tag: Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, pulau pinang, bufet ramadan, buka puasa, iftar, status halal, orang islam


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.