Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata akta khusus telah lama diperkenalkan bagi mengawal laporan berita berunsur fitnah terutamanya yang disebarkan oleh portal online.
Beliau berkata Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) mempunyai dua peruntukan utama yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan-aduan berkaitan kandungan jelik di internet seperti Seksyen 211, (larangan terhadap pemberian kandungan jelik) dan Seksyen 233 (bagi penggunaan tidak wajar kemudahan dan perkhidmatan rangkaian).
"Apa sahaja kesalahan di alam maya adalah kesalahan di alam nyata jadi pengamal media dalam talian atau netizen harus lebih bertanggungjawab menguruskan kandungan yang dimuat naik di portal mereka.
"Bezakan kandungan yang mengkritik dan yang bersifat menghina, membenci dan menghasut ataupun palsu supaya tidak dikenakan tindakan kelak," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu di sini, pada Selasa.
Turut hadir Pengarah GPMS Negeri Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera.
Jailani yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu mengulas isu yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden GPMS, Ezaruddin Abd. Rahman pada 2 Sept lalu iaitu kerajaan harus memper-kenalkan akta bagi mengawal laporan berita berunsur fitnah terutama yang disebarkan oleh portal atau media sosial.
Untuk rekod dari tahun 2016 hingga 1 Feb lepas, 167 kes penyalahgunaan internat dan media sosial disiasat SKMM termasuk penyebaran kandungan dan maklumat palsu melalui platform WhatsApp, Facebook dan Twitter. Dalam tempoh sama, sejumlah 1,375 laman web turut disekat atas kesalahan kandungan berunsur palsu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2017
Jailani berkata Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) mempunyai dua peruntukan utama yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan-aduan berkaitan kandungan jelik
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
'Bila boss?' - Sian See tuntut janji Rafizi
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See memberi peringatan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung jemputan untuk muncul dalam program podcast 'berjudul, ang Bakar Menteri'.
Hina Raja Perlis, peniaga dihadap ke mahkamah
Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas kesalahan menghantar perkhidmatan komunikasi jelik mengenai Raja Perlis di laman Facebook pada Mac lalu.
Kerajaan pantau konflik Asia Barat, pastikan keselamatan rakyat terjamin - PM Anwar
Kerajaan akan terus memantau dengan teliti perkembangan konflik di Asia Barat dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia, sentiasa terjamin.
Facebook pernah pertimbang bayar pengguna untuk data penggunaan
Facebook dikatakan pernah suatu ketika dahulu mempertimbangkan untuk membayar pengguna yang menggunakan platform berkenaan. Namun, idea berkenaan ditolak dan tidak diteruskan.
Peniaga sayur warga emas rugi hampir RM1 juta angkara 'phone scam'
Seorang peniaga sayur di Cameron Highlands kerugian RM958,088 akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai bank di Dubai, tahun lalu.
Aidilfitri: 1.9 juta kenderaan dijangka guna Lebuhraya KLK - ANIH Berhad
Lebih 1.9 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan 882,000 kenderaan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), bagi tempoh 11 hari bermula hari ini.
'Call centre' pelaburan tidak wujud diserbu, 40 ditahan
Polis Johor menahan seramai 40 individu dipercayai terbabit dengan sindiket yang menawarkan pelaburan tidak wujud setelah menyerbu sebuah premis perniagaan yang dijadikan sebagai 'call centre'.
Malaysia hantar 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza setakat ini - Mohamad
Malaysia setakat ini telah menghantar lebih 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui inisiatif Ops Ihsan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang lain.
Malaysia akan terus jadi Pengerusi ASEAN yang berkesan - Duta AS
AS mempunyai keyakinan penuh Malaysia sekali lagi akan menjadi Pengerusi ASEAN yang berkesan pada 2025.