Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini di peringkat akhir memuktamadkan senarai ranking kementerian berdasarkan kedudukan isu rasuah dan salah guna kuasa untuk diumumkan selewat-lewatnya akhir November.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata pada masa ini, senarai berkenaan sedang menunggu untuk dikemukakan kepada Ketua Pesuruhjayanya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad.
"Senarai tersebut sudah disiapkan oleh jawatankuasa yang bertanggungjawab namun belum dikemukakan kepada ketua pesuruhjaya lagi," katanya ketika berucap pada majlis lafaz ikrar bebas rasuah warga Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) di sini hari ini.
Menurut laporan media sebelum ini, senarai ranking yang akan diumumkan SPRM itu merangkumi 10 kementerian paling bermasalah serta lima paling bersih dalam soal rasuah dan salah guna kuasa.
Shamsun Baharin berkata KWP merupakan kementerian yang ke-18 menandatangani ikrar bebas rasuah (IBR) dan SPRM berharap kesemua 25 kementerian dan kerajaan negeri Selangor menandatangani IBR menjelang akhir tahun ini.
"Semua negeri sudah tandatangan IBR kecuali negeri Selangor," katanya.
Pada majlis hari ini, seramai 320 warga KWP melafazkan IBR diketuai oleh Ketua Setiausaha KWP Datuk Seri Adnan Md Ikhsan.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 16 2017
Shamsun (gambar) berkata pada masa ini, senarai berkenaan sedang menunggu untuk dikemukakan kepada Ketua Pesuruhjayanya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad. - Gambar fail
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Kerajaan tanggung RM2 bilion subsidi petrol sebulan, jika tangguh pelaksanaan subsidi bersasar
Kerajaan perlu mematuhi jadual pelaksanaan penstrukturan semula subsidi pukal kepada subsidi bersasar tahun ini.
Program Repatriasi Migran: Lebih RM9 juta kompaun dikutip setakat ini
Program berkenaan dilaksanakan pada 1 Mac hingga 31 Disember depan.
Pemimpin masyarakat, agensi kerajaan perlu bantu usaha noktah kemiskinan tegar - Azman
Peranan pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan sangat penting untuk memantau serta memberikan laporan kepada pihak kerajaan.
Kerajaan capai sasaran defisit fiskal pada 2023 - Kementerian Kewangan
Paras defisit fiskal diunjur terus berkurang kepada 4.3 peratus pada 2024 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 melibatkan pinjaman baharu berjumlah RM85.4 bilion.
Kerajaan komited perluas ekonomi digital, penuhi keperluan pelabur
Langkah itu juga seiring dengan kedudukan Malaysia yang mempunyai gabungan faktor unik dan menjadi hab pelaburan utama di Asia Tenggara.
Kerajaan sentiasa beri peluang kepada golongan berpendapatan rendah miliki rumah
Peluang buat golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri dibuka antaranya melalui program Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Setiausaha Akhbar, UKK perlu rangka naratif lawan fitnah, tipu daya - PM
Ia untuk menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat.
Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.
Kerajaan, pesara hakim diberi tempoh sebulan selesai saman berhubung isu pencen
Mahkamah Tinggi memberi tempoh sebulan kepada kerajaan dan 35 individu untuk mencapai kata sepakat berhubung penyelesaian dalam kes saman membabitkan isu pencen.
PADU berjaya daftar lebih 30 juta rakyat Malaysia - Mohd Uzir
Selangor mencatatkan jumlah paling tinggi dengan 5,863,817 juta orang diikuti Johor dengan 3,790,108 juta.