Cacat sejak dilahirkan tidak pernah menghalangnya untuk berdikari.

Syukri Saad, pembuat bot Kuala Perlis tidak pernah mengharapkan bantuan dalam mengharungi kehidupan tanpa anggota kaki seperti orang lain.

Malah apa yang dilihat orang ramai sebagai kekurangan itulah dianggapnya sebagai kelebihan.

Terkenal dengan kemampuannya dalam bidang pertukangan bot, keunikan tersendiri inilah yang mengangkat nama Syukri sehingga menerima banyak tempahan.


Tanpa pembelajaran secara khusus dalam pertukangan, Syukri mula berjinak dalam bidang ini ketika masih remaja.
Hidupnya sentiasa sendiri; malah jauh sekali untuk menagih simpati orang ramai.

Tanpa pembelajaran secara khusus dalam pertukangan, Syukri mula berjinak dalam bidang ini ketika masih remaja.

“Saya belajar daripada arwah datuk saya, sejak usia 18 tahun,” katanya.

Saya belajar daripada arwah datuk saya, sejak usia 18 tahun, kata Syukri.
Menurut Syukri, tempoh yang diambilnya untuk membuat bot atau sampan biasanya sehingga sebulan untuk disiapkan.

Syukri menunjukkan sebuah bot yang sedang dibinanya yang merupakan tempahan khas bagi menyertai pertandingan sukan air negeri Perlis, acara yang dibuat setiap tahun di Kuala Perlis.

Berusia 39 tahun, Syukri ialah bekas atlet paralimpik Kedah dalam acara lontar lembing dan angkat berat selama enam tahun.

“Saya dapat emas lima, perak empat, gangsa tujuh,” katanya ketika mengenang kembali saat bergiat aktif dalam sukan.


Selain upah daripada tugas hakiki menyiapkan bot, Syukri turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 setiap bulan.

Namun katanya, ia tidak memadai untuk menampung perbelanjaan seharian.

Untuk itu, Syukri mengambil upah mencuci pinggan di kedai makan pada waktu malam selepas selesai bekerja di bengkel.

Pemilik bengkel, Mohd Hairi Nordin yang bertanggungjawab menjadikan Syukri ‘insan istimewa’ berharap Syukri bakal menjadi pengusaha berjaya.