JOHOR BAHRU: Seorang bapa didakwa atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya, di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini.

Tertuduh, berusia 42 tahun merupakan pekerja pendawaian bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Dalam pendakwaan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya yang ketika itu berusia 14 tahun dengan menyentuh kemaluan anaknya dan menyuruh kanak- kanak itu memegang alat sulitnya.

Bapa kepada tiga anak ini didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Bandar Putra Kulai pada Jun dan Febuari tahun lepas.

Kedua- dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 14 (A) dan 14 (B) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Lydia Salleh dan tertuduh diwakili peguam Khairul Azwad Sariman.

Hakim menetapkan 25 April depan untuk sebutan semula kes berkenaan.