Seorang cedera dalam kejadian berbalas tembakan di ibu negara

Seorang cedera dalam kejadian berbalas tembakan di ibu negara
Kejadian tembak menembak berlaku di hadapan sebuah kondominium di Jalan Genting Klang, Setapak malam tadi. Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seorang suspek yang dikehendaki polis cedera ditembak di hadapan sebuah kondominium di Jalan Genting Klang, Setapak malam tadi.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi.

Katanya, kejadian berlaku apabila anggota polis sedang memeriksa seorang lelaki yang dikehendaki polis.

Bagaimanapun, ketika pemeriksaan dijalankan, suspek tiba-tiba mengeluarkan pistol dan menembak ke arah polis.

Ekoran itu, polis berbalas tembakan yang mengakibatkan seorang dari tiga suspek cedera.

Suspek yang cedera di kaki dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut, manakala dua penjenayah lagi meloloskan diri ke kawasan berhampiran. 



Gerakan Ops Tutup giat dijalankan di semua daerah bagi mengesan dua penjenayah yang masih bebas.

Rakaman CCTV berhampiran sedang diteliti bagi mengenal pasti identiti suspek.