KUALA LUMPUR:Seorang kakitangan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) disahkan positif COVID-19.

Susulan itu, kakitangan berkenaan kini menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Menurut syarikat Media Prima Berhad, anggota keluarga kakitangan yang terbabit merupakan seorang kontak rapat kepada rakan sekerjanya yang positif COVID-19 dan telah menjalani ujian mandatori COVID-19 yang dikendalikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kakitangan terbabit telah menjalani ujian COVID-19 setelah mengalami simptom jangkitan pada 19 Oktober lalu sebelum disahkan positif pada pagi Rabu,” kata Media Pima dalam kenyataan yang diedarkan pada Rabu.

Kenyataan itu juga berkata, kakitangan tersebut telah bekerja dari rumah secara penggiliran dan tidak berada di premis Media Prima sejak 10 Oktober lalu.

Media Prima juga memaklumkan sedang bekerjasama rapat dengan pihak KKM dan telah mengambil langkah-langkah pencegahan bagi meminimakan potensi jangkitan kepada kakitangan lain.

"Sebagai respons kepada arahan kerajaan bahawa para kakitangan yang bukan kritikal perlu bekerja dari rumah bermula 22 Oktobver, hanya kakitangan Media Prima yang terpilih sahaja dibenarkan untuk bekerja di premis syarikat.

“Operasi dan perniagan Media Prima pula akan terus beroperasi seperti biasa dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sedia serta protokol keselamatan,” kata syarikat itu lagi.

BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)