Salah seorang mangsa kebakaran di Sungai Lembing ditemukan rentung selepas terperangkap dalam salah sebuah premis yang terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Norhisham Mohamad berkata identiti mangsa, dipercayai wanita lingkungan usia 70-an, ditemukan jam jam 5.50 pagi itu belum disahkan setakat ini.

Menurutnya, operasi mencari seorang lagi mangsa yang dikhuatiri terperangkap masih diteruskan, lapor Sinar Harian.

"Berdasarkan maklumat terkini, kebakaran melibatkan 19 rumah kedai dua tingkat, 11 rumah kongsi setingkat dan sebuah perpustakaan awam.

BACA: 53 premis di Sungai Lembing musnah kebakaran

"Mesyuarat bersama penduduk sedang dijalankan untuk sahkan maklumat awal yang diterima," katanya.

Tragedi awal pagi itu turut melibatkan rumah salah salah seorang petugas media dari akhbar Sin Chew Daily, U y Siew Meng.