Seorang maut, tiga cedera termasuk dua tersepit dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres terbalik di KM 33.3, Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur.

Setakat ini, seramai 42 yang mengalami kecederaan membabitkan penumpang.

Kejadian dipercayai berpunca selepas bas terbabit melanggar pembahagi jalan. Bagaimanapun, pihak berkuasa masih belum dapat mengenal pasti punca kejadian.

Maklumat awal, bas itu terbalik selepas memasuki lembah di tepi jalan raya.

Karak

Balai Bomba dan Penyelamat Selayang menerima panggilan kira-kira jam 6.30 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.