Seorang wanita kini hidup dalam ketakutan setelah keputusannya untuk memberikan 30 keping gambar bogel kepada seorang lelaki bagi mendapatkan wang tunai RM15,000 akhirnya memakan diri.
Mangsa berusia 21 tahun yang hanya ingin dikenali sebagai Suit berkata lelaki yang kini mengugutnya itu dikenali melalui aplikasi WeChat pada 13 Nov lepas.
Katanya, dia tidak menyangka impian untuk mendapatkan wang segera bernilai belasan ribu ringgit daripada individu yang menggunakan nama "lovebebe2520" di aplikasi itu kini mengundang musibah buat dirinya sendiri.
Menurutnya, pada awal perkenalan, mereka berbual selaku penjual dan pelanggan produk makanan sebelum perbualan mereka bertukar kepada topik peribadi.
"Ketika saya berada di pejabat di Jalan Dato' Onn, Ipoh pada 1 Dis lalu, individu tersebut menghubungi saya lagi dan kami berbual melalui aplikasi tersebut seperti biasa.
"Bagaimanapun, individu tersebut mula menawarkan RM15,000 sekiranya saya menyerahkan gambar bogel untuk diberikan kepada majikannya," katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat dan Aduan MCA Perak di sini hari ini.
Menurut Suit, lelaki berkenaan kemudian berjanji untuk menghantar wang seperti yang ditawarkan namun semua itu hanya satu penipuan apabila individu itu memberitahu dia hanya bergurau.
"Apa yang lebih menakutkan, dia mula mengugut untuk menyebarkan gambar tersebut sekiranya saya tidak menyerahkan wang sebanyak RM5,000.
"Bimbang dengan kejadian tersebut, saya kemudiannya memaklumkan kepada keluarga sebelum membuat laporan di Balai Polis Pekan Bharu, Ipoh Rabu lalu," ujarnya lagi.
Katanya, pemeriksaan terhadap nombor akaun bank yang diberikan individu tersebut mendapati pemiliknya adalah seorang lelaki bernama Samy Muthu.
Sementara itu, Ketua Biro Aduan MCA Perak, Jimmy Loh berkata pihaknya berharap orang ramai terutamanya wanita tidak terpedaya dengan tipu helah seumpama itu.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan pihaknya menyerahkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia untuk tindakan lanjut.
Nazialita Geynna Maharan
Mon Dec 11 2017
Seorang wanita kini hidup dalam ketakutan setelah keputusannya untuk memberikan 30 keping gambar bogel kepada seorang lelaki bagi mendapatkan wang tunai RM15,000 akhirnya memakan diri.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tragedi helikopter: Jenazah mangsa di Perak selamat dikebumi, jasad Sivasutan disemadi esok
Urusan pengebumian dua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di Perak selesai kira-kira 9.25 malam ini.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Sebar gambar bogel punca lelaki dibunuh
Polis telah menahan lapan suspek terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita berusia antara 19 hingga 46 tahun dalam kes bunuh di Sungai Choh, Rawang 23 Disember lalu.
Polis terima 21 laporan peras ugut guna gambar, video lucah libatkan pelajar IPT
12 mangsa terlibat telah membuat pembayaran kepada suspek sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM33,788.88.
Bahana kongsi gambar, video bogel, polis Selangor terima 180 laporan pemerasan
Sebahagian besar kes membabitkan sindiket yang memperdaya mangsa di median sosial, selain suspek yang terdiri daripada individu dikenali mangsa termasuk bekas suami atau teman lelaki.
Lelaki, tunang ditahan kerana peras ugut sebar gambar bogel
Perbuatan seorang wanita berkongsi gambar dan video bogel dengan bekas teman lelakinya membawa padah apabila menjadi mangsa peras ugut selepas telefon lelaki itu 'hilang'.
Guru ditahan hantar gambar bogel, adakan hubungan seks dengan pelajar 14 tahun
Seorang guru sains wanita di Amerika Syarikat ditahan selepas mengadakan hubungan seks dengan pelajar lelaki berusia 14 tahun.
Serah 30 gambar bogel demi wang, wanita kini dalam ketakutan
Seorang wanita kini hidup dalam ketakutan akibat memberikan 30 keping gambar bogel kepada seorang lelaki.
Uqasha Senrose diugut peminat serah gambar bogel
Pelakon Uqasha Senrose bengang apabila ada peminat yang bertindak liar dan agresif meminta gambar bogelnya menerusi direct message di akaun Instagramnya.
Gambar bogel tersebar, Jennifer Lawrence rasa seperti 'diperkosa' satu dunia
Jennifer Lawrence mendedahkan dia rasa seperti diperkosa satu dunia selepas foto-foto peribadinya dalam keadaan tanpa seurat benang tersebar.