Seramai 2,000 pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPTS pulang ke kampung halaman masing-masing malam ini membabitkan pergerakan ke zon Sarawak, Perak, timur dan selatan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad.
Beliau, yang hadir menyaksikan kepulangan 115 pelajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini ke zon selatan membabitkan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berkata, pergerakan itu membabitkan pergerakan dalaman zon berkenaan.
"Saya rasa berpuas hati dengan proses penghantaran pulang pelajar yang dijangka selesai pada 10 Mei ini. Sarawak dengan Sarawak akan bergerak malam ini, timur dengan timur dan Perak dengan Perak. Pergerakan itu kita buat serentak pada waktu malam," katanya kepada pemberita di sini.
Selain USIM yang menjadi antara tempat pelepasan pulang pelajar, terdapat banyak lagi tempat pelepasan lain antaranya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Johor dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).
Pergerakan pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing memasuki hari keempat hari ini selepas yang pertama pada 27 April lepas manakala esok adalah pergerakan pulang pelajar dari Semenanjung ke Sarawak serta Sarawak ke Semenanjung.
Kaedah penghantaran pulang pelajar ini dilakukan supaya teratur dan berancang dan setiap zon mempunyai penyelaras dengan bantuan dari semua universiti membabitkan IPTS dan IPTA.
Mengenai perkara yang tidak dapat dilupakan ketika proses berkenaan, Noraini berkata beliau menyaksikan terdapat seorang pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menggigil menahan sebak kerana gembira dapat bertemu ibu bapanya.
"Itu yang kita terharu dan saya seorang ibu dan saya juga merasakan bahawa ini masa yang tepat dan saya nak ucap terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana membenarkan pelajar ini bergerak pulang ke kampung masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 30 2020
Noraini berpuas hati dengan proses penghantaran pulang pelajar yang dijangka selesai pada 10 Mei ini. - Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Seramai 2,000 pelajar pulang ke kampung halaman malam ini - Noraini
Pergerakan pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing memasuki hari keempat hari ini selepas yang pertama pada 27 April lepas.
MTDC komited martabatkan graduan tempuhi cabaran Industri 4.0
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) melancarkan program Graduate Employability Industri 4.0 buat julung kalinya bagi memartabatkan graduan IPTA.
Pemandu ditahan polis tidak pernah berdaftar dengan syarikat - Grab Malaysia
Astro AWANI menyiarkan satu artikel berjudul 'Pemandu Grab Car' ditahan polis yang disyaki ditahan polis kerana disyaki merogol dan menyamun seroang pelanggan yang didakwa penuntut sebuah IPTA.