Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak menahan seramai 115 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berikut merupakan lima perkara penting yang perlu anda tahu pada kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 26 September.

1. 115 individu ditahan ingkar arahan PKP.

2. Seramai 61 pendatang tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Operasi Benteng.

3. Seramai 35,116 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

4. Sebanyak 10,107 operasi sanitasi awam dilakukan melibatkan 135 zon.

5. Sebanyak 98 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng telah dilaksanakan.