Serangan keganasan yang berlaku di bandar raya New York menekankan keperluan masyarakat global untuk kekal bersatu dan teguh dalam berhadapan keganasan bersifat pengecut itu, menurut Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF).
Ketika dunia masih terasa terancam daripada serangan pengganas di Mogadishu, Somalia yang menyebabkan 23 orang maut Ahad lepas, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif GMMF Datuk Nasharudin Mat Isa berkata komuniti global perlu mencari penyelesaian bersama-sama kerana tindakan ekstremisme ganas ini melampaui batas sempadan.
Beliau berkata GMMF dengan tegasnya mengutuk serangan keganasan yang dilakukan oleh individu yang gila, yang turut mencemarkan istilah suci digunakan berbilion orang Islam dalam doa mereka.
"Kami amat sedih dengan kejadian di bandar raya New York hari ini yang mengorbankan dan mencederakan orang yang tidak bersalah.
"GMMF mengucapkan takziah dan berdoa kepada semua mangsa, keluarga mereka dan masyarakat New York pada masa ini," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Menurut laporan-laporan media, sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan beberapa lagi cedera sebelum suspek, seorang lelaki berusia 29 tahun ditembak polis dan ditahan selepas pihak berkuasa menganggap kejadian itu sebagai serangan pengganas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 02 2017
Dalam kejadian yang dianggap sebagai serangan pengganas itu, suspek berusia 29 tahun memandu sebuah trak sewa dan merempuh penunggang basikal serta pejalan kaki sebelum bertembung dengan sebuah bas sekolah. -Gambar fail/Reuters
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.
Lelaki parah dipijak gajah liar
Mangsa berusia 55 tahun singgah di lokasi tersebut kerana mengalami sakit perut sebelum terserempak dengan mamalia terbabit.
Dua lelaki cedera, kereta terbabas, terbakar
Kedua-dua mangsa itu berjaya keluar dari kereta sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi kejadian.
Orang Asli cedera dicakar harimau
Mangsa berusia 52 tahun mengalami cedera di muka dan beberapa anggota badan akibat dicakar pak belang.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
Anggota Perhilitan cedera dirempuh gajah
Mangsa yang berusia 50-an tersebut mengalami kecederaan di bahagian belakang badan serta dada.
Saya tidak mahu lagi kerah kudrat - Mike
Biarpun berat hati, namun badang berusia 51 tahun itu merasakan ia masa yang sesuai untuk dia mengundur diri.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 29,092 orang, 69,028 cedera
Ramai lagi penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya tetapi tidak dapat diselamatkan oleh penyelamat.
Puluhan cedera dalam pertempuran semasa Pilihan Raya Indonesia di Papua
Sekurang-kurangnya 62 penyokong calon legislatif cedera dalam pertempuran di sembilan lokasi di Puncak Jaya, Papua Tengah, semasa Pilihan Raya Umum pada Rabu.
Seorang maut, 14 cedera insiden tembakan perarakan Super Bowl
Ketika kejadian, ribuan penduduk telah berkumpul di Union Station bagi menyaksikan perarakan itu.