Wellington puas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia berhubung siasatan terhadap seorang pegawainya yang didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita pada Mei lepas.
Menteri Luarnya Murray McCully yang dipetik oleh laman sesawang rasmi kerajaan New Zealand www.beehive.govt.nz, mendedahkan beliau sudah berhubung dengan rakan sejawatannya Datuk Seri Anifah Aman bagi memperjelas sebarang salah faham berkenaan diplomat terbabit.
"Menteri Luar Malaysia komited sepenuhnya untuk memastikan individu yang didakwa melakukan kesalahan itu menghadapi proses perundangan yang sewajarnya.
"Individu terbabit merupakan pegawai tentera dan Panglima Tentera Malaysia (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin) sudah menubuhkan Lembaga Penyiasat. Anifah juga memberi jaminan kepada saya sebarang bahan yang diserahkan oleh polis New Zealand akan dikemuka kepada Lembaga Penyiasat," katanya.
Sebelum ini dilaporkan bahawa diplomat yang berpangkat Pegawai Waran II dari Kementerian Pertahanan (Mindef) itu ditugaskan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington untuk tempoh setahun.
Lelaki terbabit ditahan oleh polis New Zealand pada 9 Mei dan dihadapkan ke mahkamah pada hari berikutnya atas tuduhan pecah rumah dan melakukan serangan dengan niat merogol.
Bagaimanapun, Anifah dalam satu kenyataan di sini hari ini, mendedahkan tertuduh diberi kebenaran oleh Wellington untuk kembali ke tanah air dengan keluarganya pada 22 Mei.
Sementara itu, McCully berkata beliau menerima penjelasan Anifah bahawa keputusan Malaysia menolak permintaan New Zealand agar kekebalan diplomatik lelaki itu ditarik balik adalah disebabkan Panglima Tentera Malaysia mahu menanganinya mengikut proses perundangan di Malaysia.
"Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) telah menyerahkan butiran komunikasi antara pegawai New Zealand dan Malaysia berhubung perkara ini.
"Walaupun permohonan rasmi itu jelas dalam memohon kekebalan diplomatik ditarik balik, akan tetapi saya dapati pegawai yang terbabit dalam komunikasi tidak rasmi berhubung isu yang sebenarnya satu kes yang kompleks, dibuat dalam cara yang menimbulkan kesamaran kepada kerajaan Malaysia," katanya.
McCully berkata apa yang boleh beliau katakan sekarang ialah tindakan Malaysia itu dibuat atas niat baik.
"Saya tekankan kepada rakan sejawatan saya dari Malaysia mengenai komitmen kerajaan New Zealand bagi mendapatkan keadilan untuk mangsa dalam kes ini dan rakan sejawatan saya memberi jaminan kerajaan Malaysia juga berkongsi pandangan sama," katanya.
Bernama
Wed Jul 02 2014
Murray McCully
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
New Zealand buat permohonan rasmi untuk ekstradisi diplomat Malaysia
Kerajaan New Zealand telah secara rasmi mengfailkan permohonan ekstradisi terhadap diplomat warga Malaysia, Muhammad Rizalman Ismail.
Mangsa serangan seksual oleh diplomat Malaysia di NZ munculkan diri
Tania Rose Billingsley menyatakan kekecewaan dengan cara kerajaannya mengendalikan kes serangan seksual tersebut.
N. Zealand sambut baik keputusan M'sia hantar balik Muhammad Rizalman
Menteri Luar N. Zealand Murray McCully menyambut baik pengumuman Malaysia bahawa pegawai yang dituduh melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita muda akan dihantar semula ke negara itu.
Serangan seksual: Kementerian Luar NZ minta maaf kepada kerajaan, mangsa
Kementerian Luar memohon maaf kepada kerajaan negara itu ekoran kekalutan yang ditimbulkan jabatan dalam menangani kes gangguan seksual.
UNDIAN: Di manakah Muhammad Rizalman sewajarnya dibicarakan?
Di manakah Muhammad Rizalman sewajarnya dibicarakan?
Serangan seksual di NZ: Wellington puas hati dengan komitmen kerajaan M'sia - McCully
Wellington puas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia berhubung siasatan terhadap seorang pegawainya yang didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual.