Serian berpotensi besar jadi antara pembekal makanan utama Sarawak di masa depan.

Selain miliki jolokan syurga buah-buahan tempatan, Serian juga miliki sumber tanah sesuai untuk dibangunkan bagi aktiviti pertanian.

Namun, komuniti petani atau peladang di kawasan itu perlu berani sahut cabaran Kerajaan Sarawak dengan
melibatkan diri menggunakan teknologi moden untuk meningkatkan kualiti serta hasil tani dan ternakan mereka.

“Ini seiring dengan misi Kerajaan Sarawak untuk menjadi pengeksport utama sumber makanan menjelang 2030," kata Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Bukan itu sahaja, jika komuniti petani dan penternak ini bijak menggunakan teknologi moden selain dibantu kerajaan, mereka boleh menjana pendapatan RM4000 sebulan.

Uggah turut yakin, Serian mampu jadi antara pengeluar utama nanas, pisang, sayuran selain haiwan ternakan seperti kambing dan khinzir.